Kehilangan hampir dua tahun penyanyi Sheikh Baseer, 18, yang pernah mencipta nama menerusi program Ceria Megastar akhirnya terjawab apabila dia dikatakan terkena sihir atau ilmu hitam.
Baseer berkata, dia pulang ke hampung halamannya di Johor untuk menjalani rawatan selepas terkena sihir daripada individu yang rapat dengannya. "Saya tak sangka di usia yang masih muda iaitu 15 tahun, ada individu yang kurang senang dan tergamak melakukan perkara terkutuk serta mengambil kesempatan terhadap saya. Dua tahun ibu bawa saya berubat dengan ramai ustaz di Johor. Entah kenapa tiba-tiba saya lupa ingatan. Rasa seperti tidak boleh berfikir dan pelbagai insiden pelik berlaku. Malah, ibu saya juga terpaksa berhenti kerja keraa perlu menjaga saya.
"Alhamdulillah, saya kini beransur pulih dan berharap individu terbabit kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Janganlah menganiaya saya dengan perkara yang paling keji itu," katanya.
|
RatuDunia94 replied at 8-11-2020 01:02 PM
Exoticnya muka..
MinyakAngin: Tajamnya jawline. Jawline gini biasanya panas baran
ADVERTISEMENT