CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menyesal Seumur Hidup Kerana Cintakan Suami Orang

8-11-2020 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6508| Komen: 21

Description: Masih segar dalam ingatan Diana (bukan nama sebenar) akan perbuatan buruknya beberapa tahun lalu.
Gambar Hiasan


Masih segar dalam ingatan Diana (bukan nama sebenar) akan perbuatan buruknya beberapa tahun lalu.

Selama ini Diana sememangnya seorang gadis kecil molek yang berperwatakan ceria dan amat disenangi rakan-rakan sepejabatnya.

Gadis berumur 28 tahun kelahiran Kuantan, Pahang itu tidak pernah memilih kawan dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.

Hingga ke saat ini, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya sekali gus membuatkan kepercayaan serta rasa hormat rakan-rakan sepejabat terhadapnya hilang begitu sahaja.


Menurut anak tunggal berdarah campuran Pakistan itu, natijah perbuatan lampaunya benar-benar menyedarkan dirinya untuk tidak terus hanyut dalam dunia ilusinya.

Menyorot kisah itu, Diana berkata, sebelum ini dia yang telah bekerja di salah sebuah syarikat kewangan selama hampir lima tahun menjalani kehidupan dengan penuh gembira.

“Walaupun sering berdepan masalah dalam hubungan cinta dan kecundang di tengah jalan, namun itu tidak pernah menjadi hal yang utama atau serius bagi saya,” ujarnya kepada Panorama.

Namun, kemunculan seorang lelaki di pejabatnya telah merubah diri dan perwatakannya secara keseluruhan.

Jelas Diana, kemasukan seorang staf lelaki baharu berumur lingkungan 35 tahun sebagai eksekutif di syarikat tempat dia bekerja itulah yang menjadi punca sebenarnya.

“Pada awalnya semuanya biasa-biasa sahaja. Tapi lama-kelamaan, saya mula ada perasaan suka terhadap lelaki kelahiran Arau, Perlis itu sehingga tertanam rasa cinta.

“Bermacam-macam perkara yang saya lakukan untuk menarik perhatian sekali gus cuba memenangi hatinya,” ujarnya yang pada masa itu tidak pernah kisah akan peribahasa bagai perigi mencari timba.

Ceritanya lagi, lelaki berkulit hitam manis dan berketinggian sekitar 180 sentimeter serta sudah berumah tangga itu sentiasa melayan dan menghormatinya dengan cara yang baik sebagai rakan pejabat.

“Saya sedar dia sudah berumah tangga. Saya juga sentiasa diingatkan olehnya bahawa hubungan baik dan mesra mereka hanya sebagai rakan sepejabat dan tidak lebih daripada itu.

“Pun begitu, perasaan dan nafsu saya pada ketika itu menidakkan segala apa yang pernah keluar dari mulutnya.

“Saya sentiasa mencari jalan untuk menarik perhatiannya walaupun sedar dia merupakan suami orang.

“Setahun perkara tersebut berlalu. Rakan-rakan sepejabat yang rapat dengan saya juga tahu akan perkara ini dan sentiasa menasihatkan saya untuk memadam dan membuang segera perasaan itu,” tuturnya yang langsung tidak pernah mengendahkan pesanan tersebut.

Diana hakikatnya pernah putus tunang akibat ditinggalkan kekasihnya yang berlaku curang, namun dengan suami orang yang dikenali di pejabat itu dia bagai terlalu kecewa dan gila bayang apabila cintanya tidak kesampaian.

Diana pernah terfikir untuk melakukan perkara buruk serta terkutuk yang dilarang di sisi agama semata-mata ingin mendapatkan lelaki itu.

Ujarnya, hatinya pernah terlintas untuk berjumpa dengan dukun yang dikenali dan sanggup membayar khidmat dukun itu asalkan lelaki yang digilai dan dicintai itu menjadi miliknya walaupun dengan cara yang keji.

Pun begitu, jelas Diana, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Beberapa hari selepas terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu, dirinya telah terlibat dengan satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

“Kemalangan yang berlaku sewaktu pulang dari tempat kerja itu nyaris menyebabkan nyawa saya melayang. Saya langsung tidak sedarkan diri dan dikatakan koma selama hampir seminggu akibat hentakan teruk pada bahagian kepala selain patah paha kaki kanan,” ujarnya sambil menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi.

Ungkap Diana, itu mungkin balasan kecil Tuhan atas dosanya yang pernah memasang niat untuk merampas suami orang sekali gus meruntuhkan mahligai suci sepasang suami isteri yang sekian lama terbina.

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MinyakAngin 8-11-2020 12:09 PM
Ceh. Tula merenyam sangat. Apa punya perangai la
Quote Fafaa 8-11-2020 12:17 PM
Benda ni kan.... Memang banyak terjadi kt ofis ponnnn...
Skandal2 dengan laki orang... Hmmm
Quote Potato_kering 8-11-2020 12:22 PM
Dia la punca? Pepek gatal tu yg punca. Salah sendiri.
Quote eplasbpafree 8-11-2020 06:39 PM
Dah mcm baca Mustika je ni
Quote lattehazelnut 8-11-2020 07:42 PM
Hasanah sgt
Quote hasniey 9-11-2020 02:01 AM
Owh xsempat caras la ni
Ala...ramai ke prmpuan yg gedik dgn laki org.jantan ni kdg2 mulut ckp xnak.tp melayannn
Sama2 keji
Quote fifie_olin 9-11-2020 08:55 AM
bijik merenyam
Quote vee_zara 9-11-2020 01:45 PM
Mesti muka tak cantik badan pulak out sampai kena guna syaitan nak ambik laki org.
Quote Jinglebell123 10-11-2020 12:44 PM
Hurmmm..tulah...
Quote belacan_gurl 10-11-2020 01:05 PM
lattehazelnut replied at 8-11-2020 07:42 PM
Hasanah sgt

Bukan hasanah sgt...mmg ada beb...kwn I dah berlaki tp pasang skandal dgn laki org gak... I ckp kat dia jgn sampai terlanjur sudah...dia kena minta ampun la dgn laki dia...then I terus xnak amik tau sbb xnak subahat.
Quote Boomibulat 10-11-2020 02:59 PM

Kan..bc cerita ni mcm dlm ruangan ape tah dlm paper dulu2..
Quote annehuda 10-11-2020 06:13 PM
Skandal laki org dgn bini org pun lg mantap
Quote cleopatralady 10-11-2020 11:11 PM
sesal kemudian tiada gunanya
Quote justchu 11-11-2020 12:28 PM
mcm cerita rekaan je, berapa punya byk la scandal kat office pun, elok berjaya beromen ke hulu ke hilir, manade koma ke eksiden ke bagai

memasing insof nnt time begaduh berbunuh2 berjerut2 je, time tu baru nk nyesal
Quote Scheherazade 16-11-2020 10:47 AM
Sblm nk berskandal dgn laki org tu, pompuan boleh x letak diri depa kt tmpt bini org tu? Imejin la klu laki dia pompuan lain himpit gitu, dia hepi dak? Klu org tu dah ada anak, imejin plak mcmana perasaan anak2 dia? Apa best ka buat rumahtangga org berantakan?
Quote Mary_jane 16-11-2020 01:46 PM
Hasanah mana plak ni?
Quote blekkep 17-11-2020 08:03 AM
Scheherazade replied at 16-11-2020 10:47 AM
Sblm nk berskandal dgn laki org tu, pompuan boleh x letak diri depa kt tmpt bini org tu? Imejin la k ...

peduli ape deyols. ..xde nya nk pikir2. .janji deyols dpt ape deyols nak...kt opis aiols dlu ade sorg bohsia nie dh dirasa oleh sparuh bdk laki opis aiols yg kesemuanye laki org...sesame deyols dok citer main ngan bohsia nie. ..sampai ke HR tau,sbb ade bini yg report ke management..
Quote evlinne 17-11-2020 11:30 AM
blekkep replied at 17-11-2020 08:03 AM
peduli ape deyols. ..xde nya nk pikir2. .janji deyols dpt ape deyols nak...kt opis aiols dlu ade s ...

Omg chuols keje kat mana ni? Dh mcm tempat pelacuran.
Yg laki2 cikcur dgn bohsia tu bohjan educated ada degree master segala ke?
Quote Cocoais 17-11-2020 12:24 PM
Dah tahu laki orang pun kau gatal juga nak try..lepastu mula lah ayat keluar..isteri tak reti jaga suami lah..sy tak bersalah..haihhh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top