Penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslow mencetuskan kontroversi apabila tampil tidak berhijab dalam muzik video berjudul Moga Bunda Disayang yang dimuat naik di instagramnya. Menerusi video tersebut Melly kelihatan tidak berhijab dan komposer itu hanya memakai baju lengan panjang berwarna putih dalam babak dia sedang berbual dengan seorang wanita.
Tindakan Melly menaikkan video berkenaan mencetuskan kemarahan terhadap peminatnya yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung. Sementara itu, isteri kepada Anto Hoed menjelaskan klip tersebut adalah video lama sebelum Melly berhijrah menutup aurat sepenuhnya. "Video sudah tentu dibuat semasa saya belum berhijab, dan baru sekarang video berkenanaan disiarkan dan mendapat kritikan" tulisnya. Bagaimanapun, Melly mengakui dia tidak terkesan apabila video itu mendapat kecaman nitizen.
|
ADVERTISEMENT