CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Mengaji Dibunuh Lepas Tuntut Jiran Bayar Hutang

6-11-2020 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3785| Komen: 17

Description: Bogor: Nyawa seorang guru mengaji di Kampung Lingkungan Dua Citatah Dalam di sini, melayang hanya kerana menuntut jiran membayar kembali hutangnya, semalam.
Bogor: Nyawa seorang guru mengaji di Kampung Lingkungan Dua Citatah Dalam di sini, melayang hanya kerana menuntut jiran membayar kembali hutangnya, semalam.

Mangsa berusia 28 tahun ditemui mati di dalam perigi yang ditutup dengan konkrit di belakang rumahnya.

Polis Bogor memaklumkan, suspek berusia 40 tahun berhutang dengan mangsa berjumlah satu juta rupiah (RM286) namun enggan membayar wang itu.


Foto: Harian Metro
Kompas.com melaporkan mangsa kemudiannya pergi ke rumah suspek yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk menuntut hutang.

"Suspek tinggal hanya 100 meter dari rumah mangsa bagaimanapun enggan melayan tuntutan mangsa sebaliknya menjadi berang.


"Akibat hilang pertimbangan, suspek kemudian memukul dan memijak mangsa sehingga patah leher," katanya.

Disebabkan tidak mahu perbuatannya diketahui jiran sekampung menyebabkan suspek membawa mayat mangsa sebelum membuangnya di dalam perigi.

Bukan itu saja, suspek menyimen perigi itu bagi memastikan perbuatannya tidak diketahui sesiapa.

Namun kehilangan mangsa dilaporkan keluarganya kepada polis sebelum siasatan dijalankan.

Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya dan dia mengakui terbabit dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Cibinong AKP I Kadek Vemil mengesahkan kejadian dan berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 6-11-2020 11:19 AM
Bahayanya isu hutang ni
Quote umbut 6-11-2020 11:28 AM
Jgn sekali kali bagi pinjam.. nanti kita pulak yg merayu cam kita pulak yg berhutang... ckp je xda duit... koserrrr
Quote anakmak 6-11-2020 11:33 AM
aku kalau bg pinjam setakat yg aku boleh pejam mata x bayor pun takper
kira x bayar aku halalkan je

aku pun x tingat2 dia hutang aku
Quote underground 6-11-2020 12:14 PM
nak bagi hutang, sama macam kau nak sedekah.

kalau tak, jangan bagi.

orang berhutang dgn aku dekat 5 angka.

lebih 10 tahun, masing2 buat bodo. bila jumpa lepak, manjang citer problem.

kat medsos bukan lagi tayang lifestyle, beli itu ini, travel oberc.

cam hamjadah.

last2 aku halalkan je semua.

sebab dalam Quran ada ayat kalau kita halalkan maka itu lebih baik.

Wallahualam.
Quote bakingsoda 6-11-2020 12:24 PM
sbb tu aku skrg cuba elakkan bagi pinjam, nnt kita pulak terkemut2 malu nak mintak balik, kena pulak peminjam gila mcm ni, kita yg mati
Quote Artemesiaa 6-11-2020 12:35 PM
Sebab tu makin ramai tak berani nak bagi pinjam duit zaman sekarang ni.  Bukan sebab kedekut atau tak nak tolong tapi bimbang akan jadi macam dalam kes ni.
Quote ikanmasin 6-11-2020 01:05 PM
dah bagi pinjam eh alih2 mcm ko pl yg bg pinjam..siap ko pukul lg.padan muka ddk lah kat penjara tu diam2..
Quote husna_amal 6-11-2020 03:38 PM
Kebanyakkan orang yang berhutang ni takde niat nak bayar balik pun lepas dah pijam duit.
Quote Imkhai 6-11-2020 03:53 PM
aku ada je org brhutang mintk mcm2 alasan bab_ ni bg last2 malas aku nk mintk last msj aku bg aku basuh cukup2 yg penting aku haramkn duit tu bab_ ni ambk aku doakn lg kt dunia ko mampus dgn keturunan ko sekali sia_
Quote slyfynx 6-11-2020 05:22 PM
Mmg vavi sgt kategori yg meminjam pastu x sedar diri.
Paling setan leh upload status gi beli mcm2, pastu bile kite mention hutang siap marah, and cakap xde duit
Quote faizfaridi1995 6-11-2020 06:28 PM
Gantung sampai mati aja, nyawa di balas nyawa, biarin keluarga suspek menangis atas perbuatannya
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:30 PM
Zmn skrg zmn pelik...org yg beri hutang pulak mcm org yg berhutang..nk dptkan haknya blk..tp dikecam
Quote TabletSusu 15-11-2020 08:36 PM
Imkhai replied at 6-11-2020 07:53 AM
aku ada je org brhutang mintk mcm2 alasan bab_ ni bg last2 malas aku nk mintk last msj aku bg aku ba ...

aku ada sorg berhutang dgn aku 5 angka
bertahun dah lah
tiap tahun aku wasap dia igtkan psl hutang dia tu
dia baca tp x reply pun

aku rs ujung thn ni aku nak bt mcm ko lah
mesej dia... tazkirah, ceramah bagai semua ni
xnak halalkan hutang tu
duit aku, penat lelah aku simpan duit tu
Quote batu kikir 17-11-2020 08:39 AM
Setuju dengsn forummer.......bagi pinjam umpama bagi sedekah dan setakat mana kita bolih halalan toiyibban. Jangan dudok korek duit padahal kita sendiri dok hadap.  Kalau adik beradik.....ini cerita lain.  Mungkin kasih sayang  mengatasi segalanya
Quote Tinot7 17-11-2020 10:40 AM
Takziah kpd keluarga
Quote Imkhai 19-11-2020 01:28 PM
TabletSusu replied at 15-11-2020 08:36 PM
aku ada sorg berhutang dgn aku 5 angka
bertahun dah lah
tiap tahun aku wasap dia igtkan psl huta ...

btl tu beb,ada plk yg ckp halal kn je biar hidup tenang pale bana ko ko ckp pemberi hidup tenang klau halalkn duit yg kena rembat oleh peminjam ko ingt duit tu dtg dr langit jmp dkt longkang ko x fikir ke mcm mn pemberi tu nk dptkn duit titik peluh dia lepas tu org seronok joli katak duit tu bt mcm duit sendiri!!!
Quote amyza 19-11-2020 01:37 PM
Member hutang 4angka senyap camtu jer. Lepas tu dah tak boleh nak kawan dah. Geng2 lain memang still kawan,lepak2. Si penghutang jer lah terpinggir sorang2. Pesan kat semua geng, kalau i mati bagitau penghutang tu semua hutang halal. Tak lama pastu elok pulak dia msg mintak no acc nak bayar sikit2. Walapun tak habis bayar tapi adalah jugak bayar. Dah tak harap, dah bayar tu ambil jer lah kan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064279 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top