CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Perlu Terlalu Terbawa-bawa Sampai Nak Santau Uyaina?

6-11-2020 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9661| Komen: 53

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan menerima kiriman mesej berbaur ancaman daripada penonton drama Perempuan Tanpa Dosa.



Kata Uyaina, 28, akibat terlampau marah dengan watak Usu Sakinah ada segelintir yang ingin menghantar santau kepadanya.

"Nak tampar okey lagi, tapi ada nak santau. Ada juga nak cungkil mata, nak pijak. Macam-macam mesej ada dekat Direct Message (DM).

"Itu pun saya tak dapat nak buka semua mesej. Ya Allah tak sanggup nak baca," katanya ketika dihubungi Gempak.


Kredit foto: IG Uyaina

Watak Usu Sakinah mula dibenci peminat selepas dia yang pada mulanya ditampilkan sebagai wanita kampung yang sopan dan pasrah kekasihnya menikah lain berubah menjadi seorang pendendam dan mula memasang strategi untuk menjadi isteri kedua kekasihnya.

Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad akui bukan mudah untuk membawa dan menjayakan watak Usu.

"Ini kali kedua saya bawa watak macam ni, yang pertama drama Curi-Curi Cinta. Tapi ini lagi berat. 

"Susah sebenarnya. Saya rasa macam baru habis lari keliling padang bila selesai babak untuk sehari. Watak Usu ni banyak main emosi, nak kena menangis," katanya lagi.



Drama arahan Michael Ang ini dibintangi Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 6-11-2020 08:56 AM
Asal dlm video tu aku igtkn yg pakai tudung tu nek aida 20jota
Quote Megikari 6-11-2020 09:17 AM
Over sangat la yg ugut pelik2 ni pun. Tengok je drama tu diam2 pastu move on tak boleh ke?
Quote Abob 6-11-2020 09:19 AM
Malas aku layan ko Usu Sakinah
Quote AKAZ85 6-11-2020 10:26 AM
Drama je ponnnnnn.. Netizen busuk ni pon hadap sangat nak dm maki2.. Hadoiiiii
Quote RatuDunia94 6-11-2020 10:41 AM
Drama melayu pusing2 gitu je lah plot cerita dia... mesti ada org ketiga.. tak bekas kekasih.. bekas tunang.. bekas suami.. yg dok tergilakan hero or heroin sampai nk berdendam..
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:26 AM
Drama je ni kan?????
Quote LadyCarefree 6-11-2020 01:06 PM
Propa nk claim lakonan berkesan. Lahai dah basi dah cara ni.
Quote Rhyno 6-11-2020 01:20 PM
sorry tak minat drama Melayu. iols layan Netflix je....
Quote KelisaOren 6-11-2020 02:08 PM
Watak jahat tu sekadar dlm drama je tapi cara cakap terkemut2, lemah longlai,gedik2 manja tu realiti atau pun memang watak camtu Iols menyampah tengok pompuan bajet2 ayu cakap terkemut2 padahal gedik nauzbillah
Quote URUHA 6-11-2020 02:12 PM
Dah kena la tu... Drama ntah apa2 & penonton pun mostly hauk. Kemurungan meols dgn kebanyakan drama2 melayu ni. Jalan cerita hampeh & xde moral value. Yg best pun ada la 2-3 ketul
Quote husna_amal 6-11-2020 02:57 PM
Dengan drama tv pun buat penonton percaya betul2. Mudah sangat terpengaruh.
Quote Redmyvi 6-11-2020 06:14 PM
Netizen mana la tu yg byk sgt masa nk dm pelakon marah2 psl drama
Quote eizarz 7-11-2020 01:27 AM
cerita murahan...balik2 plot yg sama...itu je la modal pengarah gigi gula3 mentos....{:teatime
Quote exclusive_vvip 7-11-2020 02:17 AM
halah2...spesis mimilana la ni..peminat bergurau,acah2..pastu pelakon2 ni fefeeling x faham yg peminat bergurau..pdhal nak bgtau,kengkonon lakonan diorg tu best sgt..x leh blah...
Quote YomiuriLandMae 7-11-2020 10:18 PM
again acik2 kepam yg layan drama2 melayu cliche ni udoh2 le tu sume smpi nak bwk ke real life.. citer cliche cmni pun korg bole excited nak tgk.. koser
Quote pavlovachoc 7-11-2020 10:23 PM
Ye ye je ko ni ...
Quote misssakura 7-11-2020 10:28 PM
ade ke yang dm tu. kot hasanah je
Quote cmf_premierleag 8-11-2020 05:09 PM
KelisaOren replied at 6-11-2020 02:08 PM
Watak jahat tu sekadar dlm drama je tapi cara cakap terkemut2, lemah longlai,gedik2 manja tu realiti ...

in real life mmg uyaina gedik nak mampos pun
cakap meleweh2 konon manja la tu.and opkozz bajet2 ayu
muka pun desa
Quote chocobozhere 8-11-2020 07:23 PM
si bodo mana yg terkesan dgn cite Melayu sampai tak boleh nak bezakan realiti dgn drama.. ke saje make up story sbb nak bgtau lakonan berkesan.... aku sepanjang tgk cite Melayu, aku tak pernah lagi rasa terkesan dgn lakonan dorg, rasa nak ludah, nak DM, nak santau.. ...chill je lah. drama je kot..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.228905 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top