CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya Tidak Akan Nikahi Suami Saya Kalau Bukan Kerana Isterinya, Tunggu Kami di Sana Kak,” – Nurul Zahid

6-11-2020 01:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7058| Komen: 30





Salam takziah diucapkan kepada Dato’ Nurul Zahid seisi keluarga atas pemergian madunya, Datin Bahazanariah binti Baharudin pada 5 November 2020, jam 4.16 pagi di Hospital KPJ Damansara. Menurut Nurul di Instagramnya, Allahyarhamah telah bertarung penyakit barah tahap empat sejak bulan Ogos yang lalu.
 
Menerusi posting beliau di Instagramnya, Nurul sering berkongsi kebahagian yang dilaluinya bersama suami, Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff, madu dan anak-anak mereka. Mereka juga sering dilihat bersama-sama melakukan aktiviti riadah, bercuti, meraikan perayaan dan sebagainya.
 
Ternyata, kehidupan bermadu yang ditunjukan mereka sungguh indah dan jarang berlaku dalam kalangan mereka yang hidup berpoligami. Inilah contoh keluarga sakinah yang diimpikan setiap isteri dan pastinya kehilangan Allahyarhamah memberi kesan mendalam kepada Nurul sendiri.



Akan Filemkan Kisah Cintanya dan Suami
 
Menerusi satu posting yang dimuatnaik beliau pada 9 Oktober 2020, sempena sambutan hari jadi Allahyarhamah, Nurul mengakui mencintai kedua mereka kerana Allah taala. Kalau tidak kerana wanita berjiwa besar itu yang datang menjemputnya masuk ke dalam keluarganya, tidak mungkin dia mahu menikahi suaminya itu.
 
 
“Nurul, kahwinlah dengan Sepul, jagalah dia...” Masih terigang-ngiang permintaan arwah kepada Nurul ketika datangt melamarnya. Allahuakbar. Jarang-jarang berlaku, isteri yang mahu menjodohkan suaminya dengan perempuan lain. Tambahnya lagi, beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah cintanya dan suami satu hari nanti.


Maaf Kerana Merahsiakan Sakitnya
 
Nurul juga memohon maaf kepada semua kerana terpaksa merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh madunya itu. Arwah pernah mengidap barah pada 2015 dan ia kembali pada Ogos lalu, menyerang paru-paru, hati dan tulang. Selama itu, mereka keluar masuk hospital menjaga arwah. Ternyata, arwah sangat kuat.
 
Nurul turut meluahkan rasa rindunya kepada madu yang dipanggil Kakak itu. Kakaklah sumber kekuatan beliau. Luahnya lagi, “Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul?” Inilah tiga tahun yang indah buat Nurul dapat bersama arwah. Nurul berjanji akan menjaga amanah arwah, menjaga suami dan anak-anak dengan baik.
 
Sekali lagi salam takziah buat Nurul, suami dan seisi keluarga. Diharapkan kalian tabah menghadapi kehilangan ini. Semoga arwah ditempatkan bersama roh-roh mereka yang beriman. Amin...



Sumber : gempak.com
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-11-2020 01:51 AM
Nampak muda arwah wlupon dh 50thn... Semoga arwah ditempatkan Di kalangan org2 yang beriman.. Aamiin..
Quote wnwa05 6-11-2020 02:40 AM
bila dia kahwin..yang dulu laki dia meninggal sebab cabut gigi kan
Quote abcdotcom 6-11-2020 03:51 AM
[youtube]ZYaZ6Odbx_Y[/youtube]
Quote Normabaru 6-11-2020 03:58 AM
Yela kak long.. Selama ko bmadu pun kaka tgk ko bolot laki ko tu sorg..tribute sgt plak skrg. Pdhl dlm hati hepi kan kan kan..  Pfftt
Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:03 AM
Normabaru replied at 6-11-2020 03:58 AM
Yela kak long.. Selama ko bmadu pun kaka tgk ko bolot laki ko tu sorg..tribute sgt plak skrg. Pdhl d ...

Mendunia la Kak Long lepas ni dah dia sorang sekarang tak payah share2..
Quote Normabaru 6-11-2020 04:05 AM
SerenaBlair replied at 6-11-2020 04:03 AM
Mendunia la Kak Long lepas ni dah dia sorang sekarang tak payah share2..

Dh dua kali dh kematian dlm perkahwinan kak long.. Harap tok laki dia makin syg n  xanggap dia death angel.. Coz his turn will be next luls ijk
Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:11 AM
Normabaru replied at 6-11-2020 04:05 AM
Dh dua kali dh kematian dlm perkahwinan kak long.. Harap tok laki dia makin syg n  xanggap dia dea ...

Hahahaha so Kak Long dah kena start cari calon dah ni...acik2 orka diluar sana sila hati2 laki anda bakal di caras...
Quote Normabaru 6-11-2020 04:17 AM
SerenaBlair replied at 6-11-2020 04:11 AM
Hahahaha so Kak Long dah kena start cari calon dah ni...acik2 orka diluar sana sila hati2 laki and ...

Ni pun penunggang agama first class jgk..

Acah baik pdhl...

yang tahu tu tahu la cmne dia berskandalicious kat opis dulu.. Koser ikon belia Hehehe

Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:21 AM
Normabaru replied at 6-11-2020 04:17 AM
Ni pun penunggang agama first class jgk..

Acah baik pdhl...

ouwh padan la yach kawen pun banyak kali, laki baru meninggal pun dah nikah lain...

Terbukti Kak Long merenyam & kurang kasih sayang...
Quote annehuda 6-11-2020 05:17 AM
Normabaru replied at 6-11-2020 03:58 AM
Yela kak long.. Selama ko bmadu pun kaka tgk ko bolot laki ko tu sorg..tribute sgt plak skrg. Pdhl d ...

Thn lps ke, ada satu confession kt iium ni pasal hidup bermadu. Confessor tu citer makcik die tu madu kpd anak vvvviiippp kt malaysia ni, of course la org speku madu si nurul ni. Confessor tu citer la, yg makcik die tu byk pendam hati sebab madu die tu suka menyibuk nk join jugak kalau turn makcik die ngan si laki tp bile turn si madu ngan laki makcik die respect la taknak kacau. Pastu si madu ni suka heboh kt org konon2 yg rumahtangga diorg ber3 ni aman la, madu leh baik ngan madu pdhal mmg madu makcik tu yg gedik2 nk enterframe kan. Nsb baik la makcik die tu jenis penyabar pastu fikir gak pak mertua vvvviiiipppp.

Mcm skrang la, family si madu pun taknak heboh tp si madu plak lebih2 kan
Quote AKAZ85 6-11-2020 05:24 AM
Suka laa tu lepas ni laki dia sorang je yang punya...
Quote noor2 6-11-2020 06:08 AM
Oh rupanya laki nya kawin nurul sb bini sakit...x dapat melayan dia sgt
Quote adm7 6-11-2020 06:23 AM
Tak habis lg ke dol?
Team cari pun sibuk nak bukak topik berulang
Quote Normabaru 6-11-2020 08:08 AM
annehuda replied at 6-11-2020 05:17 AM
Thn lps ke, ada satu confession kt iium ni pasal hidup bermadu. Confessor tu citer makcik die tu m ...

Welll...tnyla mana2 isteri... Xkn ada yg xcemburu bila part bmadu.. Sedangkn bini nabi pon penah ada kes.. Inikan pulak arwah tgh sakit n dimadukan.

For sure la byk pendam.. Tp kak long ni bukan pedulik pon.. Muka pon jenis selfish tpancar jelas.. Konon nk nmpk mcm baik dgn madu lettew.. Koserrrr
Quote coco 6-11-2020 10:56 AM
noor2 replied at 6-11-2020 06:08 AM
Oh rupanya laki nya kawin nurul sb bini sakit...x dapat melayan dia sgt

mmg celaka gak jantan ni,  seblom k long ni dia ada kawin dah ngan sorang,  yang jadi viral lps si k long ni kawin ngan dia sbb k long ni tak puas hati sedangkan bini 1st aman aman je ngan bini 2nd,  datang bini 3rd si k long ni tak nak mengalah.   

and sekarang la dia berani nak keluarkan statement madu suruh kawin la,  madu itu madu ini,  realitinya arwah makan hati,   and hampir2 putus asa nak lawan kanser dia.... semoga arwah tenang di sana.
Quote RatuDunia94 6-11-2020 11:00 AM
X payah kot nk filemkan bagai.. sape je nak tau kisah hidup engko... lu sapeeee??
Quote husna_amal 6-11-2020 11:06 AM
Baik jangan filem kan kisah ni. Cukup je lah story kat ig tu.
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:32 AM
Innalillah untuk cik nana
Quote anakmak 6-11-2020 11:39 AM
err awat ambik gambar mayat arwah tu
i dont like

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.096430 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top