CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Apa Nak Debat Dengan Najib? - Tun M

5-11-2020 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2970| Komen: 20

Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berdebat dengan Najib kerana beliau telah disabitkan di mahkamah.



Kredit foto: Head Topics/IG Mahathir

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” kata Dr Mahathir ringkas di media sosialnya mengulas laporan portal berita bertajuk ‘Najib cabar Mahathir debat’.

Najib dalam Facebooknya sebelum ini mencabar Mahathir untuk berdebat.

Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Mahathir.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu. Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.


“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!” katanya.

Komen Najib itu kemudiannya di sokong para pengikutnya yang berharap agar cadangan tersebut segera direalisasikan bagi membolehkan rakyat di negara ini menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan yang di lontarkan oleh Mahathir sebelum ini.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 5-11-2020 04:12 PM
Takut cakap je la takut atok

hang bukan ada fakta pun

kejap tuduh 42 billion, kejap 2.6 billion, last2 42 juta je

tu pun belum ada bukti unsur niat dan jenayah


Hang dah buat macam2 penganiyaan pada anak Arwah Tun Razak tu

harap umoq ja tua

tapi akai tak dak


puii
Quote ninja9 5-11-2020 04:24 PM
Najib masa jadi pm tak mau debat kerana masa tu dia pegang kuasa. Bagus dia enjoy kuasa pm, tak pasal2 jadi susah sebab debat ni macam2 boleh jadi. Berhati2 mcm mana pun masih boleh berlaku kesilapan..tercemarlah imej dia...

Masa atok jadi pm dia tak mau debat dengan alasan yang sama.

Skrng ni dua2 tak jadik pm, atok masih tak mahu kerana dia rasa dia masih ada harapan dalam politik mana tau dapat jadik pm10 pulak. .. imej dia tak tercalar sampai menjejaskan imej politik...

manakala najib tak kisah nak debat pun, sebab kerjaya politik dia mungkin dah tamat.... lepas berkuasa atok serang habis-habisan sbb modal dah depan mata, memang serang supaya tak bangun2 dah. Satu-satunya harapan najib ialah bila pm yang naik nanti adalah lawan politik atok.. contohnya anwar. Kem umno mungkin ada yg tak mau kerana tak nak saingan..

aku sokong shj debat antara leader ni... saja nak enjoy perubahan cara kempen dimalaysia
Quote Normabaru 5-11-2020 04:31 PM
Aktiviti org pencen.. Gini laaa. Heheheehehe
Quote Orix 5-11-2020 04:36 PM
buang masa atok jah la nak berdebat dgan penjenayah
Quote sarah82 5-11-2020 04:39 PM
Tak sia2 aku buat kacang botak semlm... Boleh makan sambil layan debat.

Quote dizekni 5-11-2020 04:41 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 04:39 PM
Tak sia2 aku buat kacang botak semlm... Boleh makan sambil layan debat.

Ang guna air fryer la sarah

kurang minyak for sure

tapi rasa tak tau la
Quote sarah82 5-11-2020 04:46 PM
dizekni replied at 5-11-2020 04:41 PM
Ang guna air fryer la sarah

kurang minyak for sure

Aku guna dapur biasa.. Aku letak 2 helai tisu serap minyak baru letak dlm bekas.. Kena scam dgn resepi.. Terlebih garam.. Hahaha.. Esk aku cuba lagi.
Quote missyL 5-11-2020 07:23 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 04:39 PM
Tak sia2 aku buat kacang botak semlm... Boleh makan sambil layan debat.

Menarik nye sarah..

Pedas2 kari ke nie..
Terliurrr
Quote sarah82 5-11-2020 07:24 PM
missyL replied at 5-11-2020 07:23 PM
Menarik nye sarah..

Pedas2 kari ke nie..

Semlm guna serbuk cili.. Esk ingat nak cuba serbuk kari pulak..
Quote missyL 5-11-2020 07:26 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 07:24 PM
Semlm guna serbuk cili.. Esk ingat nak cuba serbuk kari pulak..

Menarik.. Hehe
Quote sarah82 5-11-2020 07:27 PM
missyL replied at 5-11-2020 07:26 PM
Menarik.. Hehe

Kalau jadi.. Rasa diluluskan.. Iols kongsi resepi..
Quote xy_daen 5-11-2020 07:28 PM
Tak habis2 ot...
Quote missyL 5-11-2020 07:30 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 07:27 PM
Kalau jadi.. Rasa diluluskan.. Iols kongsi resepi..

Hehe Thank u sarah. Jgn lupe gmbo sekali
Quote missyL 5-11-2020 07:37 PM
xy_daen replied at 5-11-2020 07:28 PM
Tak habis2 ot...

Huhuhu. Ampun
Quote sarah82 5-11-2020 07:51 PM
missyL replied at 5-11-2020 07:30 PM
Hehe Thank u sarah. Jgn lupe gmbo sekali

No problemo.. Nanti update.. X yah kisah yg komen OT tu.. Tgh butthurt la tu..
Quote fizamn 5-11-2020 08:14 PM
Dua dua mkn hasil jadi mp.. duhhh
Quote wnwa05 6-11-2020 03:04 AM
atok kecut lah tu
Quote husna_amal 6-11-2020 09:38 AM
Debat je la. Buat debat secara live streaming.
Quote damian_lee 6-11-2020 10:03 AM
dorang ni dah berkurun duk ratib debat debat debat debat
tapi debat kat social media je ...... persis acik2 epot .. yang dok perli sesama sendiri kat FB masing2 ....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.175827 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top