Lemah longlai seorang penghantar makanan wanita apabila mendapati motosikal digunakan untuk mencari rezeki lesap dicuri! Menurut perkongsian di Twitter, kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Batu Caves, Selangor sekitar jam 3 petang.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil makanan untuk dihantar. Malangnya, sebaik kembali ke ruang meletak motosikal, dia mendapati Yamaha 135LC miliknya sudah lesap. Ramai warganet menyuarakan rasa marah terhadap pencuri terbabit dan bersimpati dengan nasob menimpa wanita berkenaan selain berharap dia tabah menghadapinya. Pengguna Twitter NurAthirah dipercayai pemilik motor berkenaan kemudian tampil mengucapkan terima kasih kepada warga maya yang berganding bahu menularkan kehilangan motor itu. Sementara itu, Harian Metro semalam melaporkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai kehilangan motosikal terbabit dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - CARI
|
vespa_oren replied at 5-11-2020 02:36 PM
mahal ke motor lc, dulu aku beli rm3k jer lc v2 k v1
mamajawie replied at 5-11-2020 06:41 AM
ostad xnak beli motor baru kah untuk akak ni?
btw dahsyat ea ostad ri selasa jmpa KP Johor kt JB, ...
nazzse replied at 5-11-2020 03:19 PM
Besar betul kabel setad tu
ADVERTISEMENT