CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tipah Tertipu! Patutlah Ramai Kongsi Gambar Konon Beli PlayStation 5, Rupanya Pakai ‘Filter’

5-11-2020 04:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6153| Komen: 11

Description: Kehangatan PlayStation 5 sudah mula dirasai. Adakah anda perasan semalam di Instagram Stories di kenalan anda yang berkongsi memiliki PlayStation 5?



Kehangatan PlayStation 5 sudah mula dirasai. Adakah anda perasan semalam di Instagram Stories di kenalan anda yang berkongsi memiliki PlayStation 5?

Akan tetapi, PlayStation 5 masih belum lagi berada di pasaran. Mesti anda berasa pelik dan ‘cemburu’ apabila melihat rakan anda memiliki PlayStation 5 tersebut. Betul atau tidak?


Nampak macam betul, bukan? Jangan tertipu! PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November 2020 dan akan sampai di Malaysia pada 19 November 2020. Apa yang anda lihat di Instagram Stories itu semua hanyalah filter semata-mata.

Filter tersebut diberi nama PS5 BOX dan diciptakan oleh @aroneverything . Menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) filter tersebut membolehkan pengguna untuk meletakkan kotak PS5 itu di mana-mana bahagian di dalam skrin dan memberikan imej yang realistik.


Oleh kerana imejnya yang cukup realistik, ramai pengguna Instagram tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri filter tersebut sambil bergaya bersama kotak PS5 mereka.



Melihat gambar-gambar di atas, siapa saja yang tidak akan tertipu kan? Anda juga boleh cuba filter ini sendiri dan lihat reaksi rakan-rakan anda! Selamat mencuba.


Sumber :  www.thevocket.com 

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-11-2020 09:10 AM
Hahaha.. No thanks.. Mcm menipu diri sendiri.
Quote MoonRise 5-11-2020 09:25 AM
Sistur pon tertipu.

Buka ig, ramai benor yg beli. Ingatkan betul2 byk duit
Quote husna_amal 5-11-2020 09:47 AM
Kat Malaysia lambat lagi nak sampai PS5 ni. Bertabahla wahai lelaki2 kat luar sana.
Quote LadyCarefree 5-11-2020 12:11 PM
Jijik esp retis yg acah2 konon bebetul ada.

Kalau setakat nak seronok dan jelaskan kat caption ianya bukan bebetul, takpe.

Kalau macam jantan tunang si eda mat aris tu memang jijik ah konon hebat ada ps5
Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:49 AM
Cisss tertipu iolss tengok orang post kt ig tu semua...
Quote RatuDunia94 6-11-2020 11:34 AM
Berapa rege ps5 ni?
Quote Groovykid 7-11-2020 11:46 PM
Hahahaaha boleh iols pedajai cik somi nti {:love
Quote ChildrenOfBodom 11-11-2020 10:11 AM

RM1600 ke RM2000
Quote ChildrenOfBodom 11-11-2020 10:13 AM
aku tgk minggu lepas ada la mangkok ayun boh kat status whatsapp dia gambar PS5 dgn caption malam ni boleh main.

Padahai 19 November baru reelase kat Malaysia. and babi tu bukan HxC gamer pown. . Punya nak habaq betapa dia up to date dengan latest punya gadget,
Quote siputpepel 12-11-2020 07:16 AM
serius nampak real. banyak duit betul orang yang beli. bila gugel, rupanya tak release lagi kat malaysia.. eh sekali filter kau!
Quote Itzy 10-1-2021 01:01 AM
RatuDunia94: Berapa rege ps5 ni?


Murah je, kalau preorder hari tu dalam rm1800-1900 tapi lepas habis tawaran preorder jadi rm2300-2500 kalau tak silap la. Bagi aku murah juga la sebab kalau dulu2 fon nokia sabun tu lagi mahal.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060150 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top