CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ular Sawa Batik Seberat 220KG Jadi Haiwan Peliharaan Lelaki Dari Pulau Pinang Ini

3-11-2020 12:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12086| Komen: 65



Hobi atau minat setiap orang sememangnya tidak dapat dinafikan berbeza-beza daripada setiap individu lain.

Jika sebelum ini kita pernah melihat ada yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli sesuatu barang yang diminati, ada juga individu yang menjadikan aktiviti membela haiwan peliharan sebagai salah satu hobi mereka.

Namun begitu, berbeza dengan orang kebanyakan yang mungkin membela ikan perhiasan atau pun kucing, lelaki dari Pulau Pinang ini pula menjadikan ular sebagai haiwan peliharaannya.

Menerusi satu laporan yang terbit di Bernama baru-baru ini, lelaki berkenaan Mohd Redzuan difahamkan mempunyai seekor ular sawa batik daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python’.

Mempunyai berat sehingga 220 kilogram dan sepanjang tujuh meter, Mohd Redzuan menjelaskan reptilia itu mula dipeliharanya sejak kira-kira 16 tahun yang lalu.

Ular sawa batik yang diberi nama gelaran Cik Kiah itu menurut beliau ditemuinya selepas reptilia berkenaan melintas jalan ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Teluk Bahang.

Cik Kiah bagaimanapun menurut laporan berkenaan bukanlah satu-satunya ular peliharaan dimana dia turut mempunyai lima ekor lagi ular sawa batik dalam jagaannya.


Buat anda yang tertanya-tanya dimana beliau menyimpan haiwan peliharaannya ini, Mohd Redzuan mempunyai rumah yang disewa khas untuk menempatkan ular-ular miliknya.

Jika ada dalam kalangan pembaca yang mula berfikir untuk membela ular sawa batik ini, anda terlebih dahulu perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung dan juga mendapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Untuk gambaran, Cik Kiah sahaja memerlukan makanan berupa 20 hingga 25 ekor ayam untuk tempoh sebulan.


Sumber : thevocket



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 3-11-2020 01:12 AM
Kalau bertelur ? Sebab ular ni takder pasangan pun boleh bertelur.. fuhhh..
alau anak2 yang menetas tu semua betina maka mmg takder bapa.  
Kalau anak yang menetas ada yg jantan makan adalah bapa aka ular jantan.
Quote eyansss 3-11-2020 02:59 AM
lebih nak tau mana rumah sewa tu sebab kot la terlepas ke apa...
Quote Perawankota 3-11-2020 04:01 AM
Uishh seram lah.. Lagi2 teringat cerita2 kat fb.. Ular ni suka melilit badan tuan dia.. Last2 dia bunuh tuan dia..
Quote Nana_Man 3-11-2020 05:32 AM
Keje gila ni. Takde hobi lain ke atau binatang yg jinak untk pelihara ke?dah lah ular ni mkn 20-25 ekor ayam tiap bulan. Kalau skali tak dpt mkn, tuan yg dia mkn.
Quote AshKetchum 3-11-2020 06:19 AM
lagi besor dari lengan heshe
Quote EvieWanKenobi 3-11-2020 07:13 AM
besar gila ular dia..
Quote Kurex 3-11-2020 07:20 AM
Patutnya abg ni ambik gambar sambil bukak baju..
Quote padris 3-11-2020 07:21 AM
Hobi pelik2... Ular tetaplah ular..  Sekali dia datang perangai gila...  Habis manusia pun di ngapnya...
Quote padris 3-11-2020 07:26 AM
eyansss replied at 2-11-2020 11:59 AM
lebih nak tau mana rumah sewa tu sebab kot la terlepas ke apa...

Katanya Balik Pulau.. Tak tau kampung mana..
Quote TeropongGirl 3-11-2020 08:17 AM
padris replied at 3-11-2020 07:26 AM
Katanya Balik Pulau.. Tak tau kampung mana..

Kesiannya jiran2 kat situ.. wonder jugak diorg tau tak dgn siapa diorg berjiran
Quote buapakperut 3-11-2020 08:42 AM
teringat dulu masa darjah 1, iols ngantuk je kalau perhimpunan. paling boring ucapan guru besar, bla bla bbla tetiba dia citer ular sawa makan orang. cara dia belit satu badan kite pastu ekor die masuk bontot. motif iols. ingat mende ni sampai ke tua, jadi lawak bile citer balik kat toklaki. btw guru besar tu suka raba,peluk cium student dan terjah time student gegerls tukar baju pj
Quote diss69 3-11-2020 08:56 AM
eyansss replied at 3-11-2020 02:59 AM
lebih nak tau mana rumah sewa tu sebab kot la terlepas ke apa...

Kannn.. Boleh black list umh tu....walau ularnya dh xada, mesti terbayang2..
Quote makneng 3-11-2020 09:06 AM
Janganlah tetiba time mandikan ular tu kat air terjun, ular tetiba terlepas... Nahas oooo{:childlike
Quote sapeka 3-11-2020 09:26 AM
Rumah sapa la yang dia sewa tu
Quote suzycutegal 3-11-2020 09:28 AM
Kat mana la tumah yg penuh ular tu?{:childlike
Quote husna_amal 3-11-2020 09:41 AM
Besar giler ular. Kena belit boleh meninggal ni.
Quote kuzaime 3-11-2020 10:01 AM
Nmpak anak ular pun aku seram ni pulak ular besar mcm ni. Ular tetap ular x kiralah kecik apalagi yg besar
Quote Nnasda53 3-11-2020 11:06 AM
besarnya ular tengok pun seram..
Quote shark_eow7 3-11-2020 11:26 AM
buapakperut replied at 3-11-2020 08:42 AM
teringat dulu masa darjah 1, iols ngantuk je kalau perhimpunan. paling boring ucapan guru besar, bla ...

biadapnya dia.. dah mati ke belum.. sakit pulak hati baca kelakuan tuu.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.035296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top