CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Ditegur Ibu Bapa, Remaja Maut Minum Racun

3-11-2020 11:19 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2416| Komen: 13|Original author: Oleh: LilRose

Description: Remaja berusia 17 tahun nekad membunuh diri dengan meminum racun kerana tidak dapat menerima sering ditegur ibu bapa pulang lewat malam.
Remaja berusia 17 tahun nekad membunuh diri dengan meminum racun kerana tidak dapat menerima sering ditegur ibu bapa pulang lewat malam.

Difahamkan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di rumah neneknya di Muara Enim, Sumatera Selatan.


TribunNews melaporkan, mangsa ke rumah neneknya sebelum mengajak ibu saudaranya ke pasar, lalu membeli racun perosak.


Gambar hiasan

Sekembali ke rumah berkenaan, mangsa meminta ibu saudaranya keluar, namun wanita itu berasa curiga sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati mangsa sudah terkulai di dapur dalam keadaan mulutnya berbuih dan terdapat bungkusan racun perosak sudah terbuka berhampiran tubuhnya.

Wanita itu kemudian bergegas mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat dan bidan kampung untuk memeriksa keadaan mangsa.

Melihat mangsa yang kritikal, mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke rumah sakit.


Namun, belum sempat ambulans tiba, mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Ketua Polis Muara Enim, Donni Ekas Syaputra melalui Ketua Polis Daerah Gunung Megang Herly Setiawan berkata, sebelum kejadian mangsa ditegur ibu bapanya kerana tidak pulang ke rumah menyebabkan dia nekad mengakhiri hidupnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 3-11-2020 11:28 AM
Kenapalah pilih cara bunuh diri. Baru kena tegur dah merajuk sampai bunuh diri.
Quote Orix 3-11-2020 11:40 AM
ni mesti jenis geram dgan mak ayah tapi xtau nk lepas geram mcm mana pegi bunuh diri.....tapi memang betul ms iols remaja dlu, kalau kena marah ngn mak ayah atas benda yg kita rs xde apa pun sbenanya tp sbb mak ayah overthinking, iols rs marah sgat2... cth tido rumah kawan, mak iols marah knp tido rumah org wlupun rumah kawan iols n rumah iols tu 200meter je jaraknya, mak iols membebel kau xde rumah sendiri ke, tido rumah orang buat apa bla3.... dah kawan iols ajak tido rumah dia iols pun onzz jela.. lgpun bukan ada keluar malam2 ke apa, lepak sama2 dalam bilik dia jah pun..tapi mak iols overrrr marah itu ini smpi iols rs eeeee geramnyaaaa xnak hidup lah gituh sekali over emotional ms remaja...

Quote Supersirap 3-11-2020 11:40 AM
Pentingnya didikan agama dan semangat jati diri untuk mengelakkan diri daripada membuat sesuatu yang tidak masuk akal
Quote apam 3-11-2020 11:45 AM
Orix replied at 3-11-2020 11:40 AM
ni mesti jenis geram dgan mak ayah tapi xtau nk lepas geram mcm mana pegi bunuh diri.....tapi memang ...

anak dara tak elok tido rumah orang dek. Tu pasal mak marah
Quote Orix 3-11-2020 11:57 AM
apam replied at 3-11-2020 11:45 AM
anak dara tak elok tido rumah orang dek. Tu pasal mak marah

kowserrr...... adik beradik kawan iols tu 2 org jah pun n dua2 perempuan, y boder y boder konsepnya....
Quote umbut 3-11-2020 01:00 PM
Edited by umbut at 3-11-2020 01:06 PM

Dapat pulak jenis parent mulut puaka maki hamun bagai... ingat x mental ke...  maybe dah lama pendam3... last meletup..
Quote salmon-suki 3-11-2020 01:17 PM
Halaa halaaa...betul2 stroberi, kena penyet sikit terus hancur...pantang ditegur terus buat benda bukan2..hati tisu..sorry,aiolzs xde simpati lgsg dgn org2 mcm ni...kena tegur je,lari dr rumah,kena tegur je,bunuh diri..mmg xde benda lain ek?

Org duk sebok fikir psl covid,dia duk sebok nak mati. Elok laa mati.. kurang sket jumlah manusia mcm ni
Quote suzycutegal 3-11-2020 01:35 PM
Penting nya ilmu agama dan didikan yg baik untuk anak2
Quote mdhelmi 3-11-2020 02:53 PM
bukan sbb ada suara ghaib ke
Quote mbhcsf 3-11-2020 03:52 PM
alahai , kesiannya - apa hal minum racun ni ? lain kali minum je teh tarik ke ape...
Quote kroit92 3-11-2020 06:39 PM
umbut replied at 3-11-2020 01:00 PM
Dapat pulak jenis parent mulut puaka maki hamun bagai... ingat x mental ke...  maybe dah lama pendam ...

I agree.. mungkin ini salah satu penyebabnya, kita tak tau.
keluarga toxic. mak bapak setiap hari mengamuk, maki hamun, dan cakap perkara2 yang tak sepatutnya,
aka, emotional abuse.

ya, maybe dia tak kena pukul, takde body contact,
tapi kena torture setiap hari dengan ayat2 yang memberikan dia idea, dia tak sepatutnya hidup, etc..

pernah ada kes dulu, (nasib budak tu tak mati, tapi macam, dah on the verge comitting suicide gitu)
for some reason, parents dia jadikan budak tu tempat untuk lepaskan tekanan hidup,
tak pukul. but everyday, "Anak tak guna.", "Patut kau kecik mampus je.", "Menyusahkan mak bapak.", "Sesen pun takde nilai.",
and walaupun dia anak kandung, tapi dilayan macam hamba kat rumahnya, dan tak dibenarkan bergaul dengan adik-beradik sendiri.
dibenarkan keluar rumah hanya untuk ke kedai dan ke sekolah.

kat sekolah, cikgu pun kata dia pendiam dan tak bergaul.
kena buli, kena pukul pun tak melawan. etc.
dia macam, mati otak budak tu. macam zombie kita tengoknya.
mata kosong. muka takde expression.

but on the surface.. tip of the iceberg.
orang cuma nampak dia sebagai budak yang lemah dan sensitif. lembik dan mengada-ngada.

kes macam ni is a timebomb ye, macam cancer.
suicide, atau meletup, psychopath.
Quote SerenaBlair 6-11-2020 04:53 AM
Sanggup bunuh diri sbb kena tegur ye , makpak kau pun yang tegur...
Quote noor2 6-11-2020 05:02 AM
Orix replied at 3-11-2020 11:40 AM
ni mesti jenis geram dgan mak ayah tapi xtau nk lepas geram mcm mana pegi bunuh diri.....tapi memang ...

Akak pula lari menyorok tidur rumah nenek...seberang jalan rumah mak je...tapi  abah akak cari dengar dia tanya nenek...budak noor tu ada x mak di sini....nenek jawab ada...lepas tu kaka marab nenek kenapa bgtau abah kaka ada sini sb dah pesan jgn bgtau..nenek jawab Kena bgtau.. hehe..tapi tiap kali merajuk mesti lari ke rumah nenek...

Mak pak kaka pantang tidur rumah orang atau ikut kawan balik kg depa..walau pun minta kebenaran elok2 masa depa tgh elok pun tetap depa marah tidur atau makan dirumah orang lain.kata depa mcm x de mak bapak nk tidur rumah orang dan mcm mak pak x cukup bg makan kalau mkn di rumah orang... hehe

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.138402 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top