Biasanya selepas melahirkan anak, wanita akan memakai seluar dalam yang sama. Namun sebenarnya, pemilihan seluar dalam selepas bersalin yang bersesuaian adalah penting. Kenapa ya? Kenapa perlu seluar dalam selepas bersalin?Mengandung dan melahirkan anak adalah proses yang menyebabkan berlakunya perubahan pada bentuk badan wanita. Biasanya selepas bersalin, anda akan lebih selesa untuk memakai pakaian dalam bersaiz lebih besar. Keadaan ini kerana badan anda memerlukan masa untuk kembali kepada bentuk asal atau sekurang-kurangnya hampir kepada bentuk sebelum anda mula mengandung dahulu. Oleh itu, pakaian dalam yang sesuai adalah penting selepas anda melalui proses kelahiran bayi. Ciri seluar dalam selepas bersalin yang sesuaiBiasanya jenis fabrik bagi pakaian dalam adalah daripada material kapas dan nilon. Namun, terdapat juga jenis pakaian dalam lain untuk dijadikan pilihan bagi individu selepas melahirkan anak. Jenis pakaian dalam
Selain jenis yang berbeza, terdapat juga jenis seluar dalam berbentuk (silhouettes) yang berbeza berbanding kebiasaan, termasuklah:
5 aspek penting pemilihan seluar dalam
Berikut adalah 5 aspek penting yang perlu anda fikirkan ketika membeli seluar dalam untuk dipakai selepas bersalin nanti, iaitu:
Seluar dalam selepas bersalin perlulah lembut kepada kulit dan bahagian sensitif kerana kawasan tersebut sedang dalam proses pemulihan selepas anda melahirkan anak. Ini terutamanya jika anda bersalin secara caesarean. Adalah penting untuk memastikan seluar dalam yang dipakai wanita bersalin C-section tidak mendatangkan iritasi kepada kulit. Tiada apa yang lebih memudaratkan keadaan daripada kegatalan dan ketidakselesaan pada bahagian pembedahan. Wanita yang bersalin secara normal juga memerlukan kelembutan dan keselesaan pada sekitar bahagian faraj bagi mengurangkan kesakitan.
Memastikan seluar dalam yang dipakai selepas melahirkan anak mempunyai aspek pengudaraan juga perlu. Kenapa? Ini kerana mengekalkan kekeringan pada bahagian faraj, jahitan dan pemotongan adalah penting bagi mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.
Pastinya anda akan membeli seluar dalam lebih awal sebelum melahirkan anak, bukan? Jadi anda disarankan untuk memilih seluar dalam bersaiz lebih besar daripada saiz biasa anda beli. Ini dapat membantu menyediakan ruang bagi anda meletakkan pad. Lebih utama lagi, tiada wanita bersalin yang perlu memakai seluar dalam ketat.
Sesudah proses kelahiran, badan anda akan mengalami perubahan. Memilih seluar dalam selepas bersalin yang mempunyai fungsi memeri atau fleksibel dan menjanjikan keselesaan kepada bentuk badan pastinya perkara terbaik.
Anda mungkin berasa segalanya mengenai badan anda berubah. Disebabkan itu, sistem sokongan seluar dalam adalah penting untuk membuatkan anda rasa lebih terjamin. Sudah tentu ia dapat membantu membuatkan anda lebih selesa untuk bergerak dan dalam masa yang sama menyokong proses penyembuhan. Manfaat seluar dalam bersalin caesareanSeluar dalam selepas bersalin yang direka khusus bagi wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesaren dapat memberikan kelebihan yang tidak dapat diberikan seluar dalam kapas biasa. Bergantung kepada pengeluar, seluar dalam khusus bagi wanita bersalin C-sec biasanya mempunyai:
KesimpulanTidak kira sama ada anda sedang mencari jalan penyelesaian sementara selepas bersalin seperti seluar dalam pakai buang atau mementingkan aspek keselesaan, apa yang penting adalah untuk mencari seluar dalam yang betul. Untuk berasa selesa atau yakin selepas melahirkan anak bukanlah 1 perkara yang mudah. Diharapkan perkongsian artikel daripada Hello Doktor ini akan dapat membantu anda dalam mencari keselesaan sepanjang tempoh anda berpantang nanti. Sumber : hellodoktor.com |
Normabaru replied at 2-11-2020 09:22 PM
Nk tny.. Mana dtg nama thong and g string?and awat bkn pggil x string ke.. Hehe
ADVERTISEMENT