CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Mohon, Hormati Ustaz Fakhrul Dan Bazli" - Zizi Kirana

1-11-2020 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13330| Komen: 53

Kredit foto: YouTube


Alunan suara merdu membawa genre lagu berbeza dari sebelum ini memukau ramai pendengar selawat Qomarun atau Purnama nyanyian Zizi Kirana bersama kumpulan UNIC.

Biarpun tidak mengendahkan kata-kata negatif orang ramai terhadapnya, namun Zizi kali ini tampil menegaskan supaya orang ramai tidak meninggalkan komen tidak berkaitan dengan muzik video berkenaan.



"Dari dahulu lagi saya memang jenis malas dan tidak ambil peduli komen orang. Saya tidak mahu memeningkan kepala. Nak cakap apa pun, cakaplah. Saya okay saja.

"Cuma, untuk kali ini saya perlu cakap. Takkan video selawat pun nak kena komen negatif terutama yang tak berkaitan dengan video itu. Nak komen negatif mengenai diri saya, boleh komen di hantaran lain," katanya dipetik dari Harian Metro.



Difahamkan, ramai berpandangan Zizi yang sering tampil seksi tidak sesuai membawa lagu begitu.

Namun, Zizi merayu supaya orang ramai menghormati kumpulan UNIC.

"Saya mohon janganlah di video itu sebab di situ ada nama Ustaz Fakhrul dan Bazli. Sesekali kena hormat juga orang lain," katanya.

Dalam masa sama, Zizi meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana UNIC banyak memberi kata semangat kepadanya.



"Selepas dilancarkan, Ustaz Fakhrul membuat 'screen shot' (tangkap layar) komen di YouTube dan hantar pada saya. Dia cakap, masih ramai yang memberikan komen membina dan positif.

"Alhamdulillah, setakat semalam, saya bersyukur kerana projek ini mendapat maklum balas baik. Mana tahu ini menjadi asbab (sebab) untuk sesuatu yang lebih baik dalam diri saya pula selepas ini. Terima kasih atas doa yang dititipkan.

"Biarlah orang nak kata apa, yang penting niat. Ustaz Fakhrul pun cakap, jangan ambil kisah apa orang cakap," ujarnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SR4tahun 1-11-2020 01:55 PM
iyoooooooooooooooooolahhhh
Quote lampor 1-11-2020 01:59 PM
Doa yg baik2 sajalah uols... Mana tau lepas ni tetiba berniqab.... Gitowhhh... Sapelah kita nk judge manusia
Quote hyie 1-11-2020 02:32 PM
tapi memang sedap pun vokal sheols berqasidah bagai dalam lagu ni...sheols pon memang ajar ngaji kan sebelum ni...ala2 masa kat Sabah versi insof gittew...iols suka jew
Quote Kancilkering 1-11-2020 02:35 PM
uztaz tu cakap sapa sangka dia ni pandai taramun....
bagus lah zizi  ada ilmu sebegini...
jgn dibazirkan....

Quote Tunan 1-11-2020 02:41 PM
hyie replied at 1-11-2020 02:32 PM
tapi memang sedap pun vokal sheols berqasidah bagai dalam lagu ni...sheols pon memang ajar ngaji kan ...

Zizi kan sekolah agama uols masa kat sabah
Kalau tak silap la. Diorg ckp, masa.AF
Quote enot_sibudak 1-11-2020 02:50 PM
Lorrr... Part seksi tu bkn time tgk dpk alun.. Biar la dia.. Netizen ni, bila penuh toxic dlm ati.. Sedia2 ja nk negatif belakerrrrr... Hahahaha... Puji la skali..klu dia seksi lps ni, hentam la balikkkkkk
Quote inspektoremos21 1-11-2020 02:56 PM
Buat benda baik kan so ok je. Netizen biasa la. Semua benda nak dikecam. Anak2 ezurin khyra tu pun dikata muka desa padahal elok je rupa paras nya

Najdi kenapa keluar unic dah? Memang betul2 gaduh dgn bazli ke
Quote lazim 1-11-2020 03:02 PM
inspektoremos21 replied at 1-11-2020 02:56 PM
Buat benda baik kan so ok je. Netizen biasa la. Semua benda nak dikecam. Anak2 ezurin khyra tu pun d ...

Tp ank ezirin mmg wajah desa. Klu bkn status mak bpk xde sspe heran gitooohhh
Quote cruz2 1-11-2020 03:45 PM
I ada soft spot dgn zizi kirana ni.appearance mmg seksi tp dia nmpk jenis yg tak cari gaduh dgn artis2 lain, tak ada dgr bertukar2 skandal dgn jantan2 @ vvip, suara pon sedap,muka sedap dipandang(tak kisah la dh make over mcm2 pon)..tak mustahil suatu hari dia boleh berubah ke arah lebih baik
Quote dua_chzy 1-11-2020 03:47 PM
Sheol memang hafizah kan.
Quote biozipstar 1-11-2020 04:18 PM
aku setuju dia cakap... kalau nak kutuk,,, kutuk kat gambar lain huhu
Quote silampumeja 1-11-2020 04:25 PM
Setiap seorang tu ada peluang untuk buat baik dan jadi baik... Perangai apalah bila org dalam usaha duk ngutuk
Quote encikWawad 1-11-2020 04:36 PM
sedapnya sora zizi tapi macam tak jive ngan vokal lelaki. bunyi tak di adun ngan baik.
Quote redwood 1-11-2020 05:04 PM
Moga ini menjadi langkah utk baiki diri...in shaa Allah
Quote opie5662 1-11-2020 05:04 PM
Edited by opie5662 at 1-11-2020 05:05 PM

Aku percaya,  zizi ni akan berubah ke arah yg lebih baik  satu hari nanti... Tgk family die pon nampak jenis yg beragama... Mgkn la skrg ni blom lg. Aku doakan yg baik2 utk die... Insya allah
Quote takayama 1-11-2020 05:06 PM
suka dia ni
lagu2 dia mmg melekat di kepala kaka
all the best zizi
Quote kmelankolia 1-11-2020 05:18 PM
sedap sheols nyanyi nasyid...mana tau lepas nih dia berubah pakai tudung labuh & berjubah...tak berniqob takpe asalkan tudung labuh depan belakang & baju longgar & tak bermake up berlebihan...
Quote YomiuriLandMae 1-11-2020 05:19 PM
netizen ni pun okay la tu.. benda cenggini pun otak still nak blue.. ni kalo pakai niqab pun kalo dok asyik terbayang tekss mmg nmpk tekss je laa..
Quote RatuDunia94 1-11-2020 06:18 PM
Ustaz Fakhrul n Zizi nampak sepadan.. mohon Team Fakzizi... done shipper

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049419 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top