CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Bisu, Pekak Maut Dibaham Anjing Pitbull Jiran

31-10-2020 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4322| Komen: 18

Kanak-kanak lelaki maut dibaham anjing pitbull milik jirannya di Cape Town, Afrika Selatan pada Isnin.

Lebih menyayat hati, Luqmaan Jardien, 3, yang bersendirian ketika diserang anjing itu tidak dapat meminta tolong daripada ibu bapanya kerana pekak dan bisu.



Kredit foto: Newsflash

Memetik laporan Daily Star, haiwan berkenaan menyeret mangsa ke kebun dengan menggigit lehernya sebelum kejadian mengerikan itu dilihat bapa saudaranya yang kemudian cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Difahamkan, dia mengalami kesukaran ketika mahu membawa Luqman ke dalam rumah kerana anjing itu masih cuba menyerang dan menggigit mangsa.

"Kami tidak menolak kemungkinan anjing itu diprovok kerana mustahil ia akan menyerang tanpa sebab. Malah, sebelum ini elok saja ia bermain dengan Luqman," kata bapa saudara mangsa, Dawood Stuart.



Kredit foto: Newsflash

Keluarga mereka terpaksa memukul anjing itu dengan pintu rumah untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan pada tubuh Luqman, lapor The Sun.

Berdasarkan kenyataan saksi, nafasnya tersekat-sekat sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di hospital. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • kroit92

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mejami 31-10-2020 10:21 AM
nama berbau kemelayuan..mungkin kah keturunan melayu Cape town?kesian awak dik.tp awak boleh berbahagia di syurga
Quote Tinot7 31-10-2020 10:37 AM
Takziah kpd keluarga. Depa mesti pilu sbb lihat depan mata.
Quote mbhcsf 31-10-2020 10:39 AM
bless u boy, sedapnya nama Luqman Jardien...
Quote mamajawie 31-10-2020 10:42 AM
Takziah buat si kecil ni..

Utk meleis2 acah2 urban sgat tu, haa bela lagi anjengg..banyak lg binatang jinak boleh dibela ni nak plih anjing gak..xpernah lak ak dgar budak mati kne baham kucing..apooo
Quote adila39 31-10-2020 10:50 AM
subahanallah.. sedihnya, disyurga la u nnt
Quote ip_lepat 31-10-2020 12:39 PM
Keluarga mereka terpaksa memukul anjing itu dengan pintu rumah untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan pada tubuh Luqman, lapor The Sun.


camne cara pukul dgn pintu rumah?
Quote ikanmasin 31-10-2020 01:54 PM
sedihnya takde sapa yg tgk2 kan ke.dah lah bisu dan pekak kan..ptt ada org dewasa yg bole pantau2 ..
Quote dua_chzy 31-10-2020 01:58 PM
Mejami replied at 31-10-2020 10:21 AM
nama berbau kemelayuan..mungkin kah keturunan melayu Cape town?kesian awak dik.tp awak boleh berbaha ...

Muka pun Melayu.
Quote Yunbin 31-10-2020 03:07 PM
Takziah buat keluarga
Quote kroit92 31-10-2020 04:29 PM
ya Allah.. nak menangis aku baca

aku tengok budak nangis sampai suara tak keluar pun aku dah kelam kabut,

ini oku, bisu pekak.. kesiannya dia..
Quote printercomel 31-10-2020 06:15 PM
Bermainlah kamu di taman taman syurga dibawah pengawasan Nabi Ibrahim
Quote kelapaparut 31-10-2020 06:48 PM
budak melayu ni..
Quote cmf_almondpecan 31-10-2020 06:55 PM
ip_lepat replied at 31-10-2020 12:39 PM
camne cara pukul dgn pintu rumah?

Kepit berulang kali kot. Slam pintu
Quote ip_lepat 31-10-2020 08:58 PM
cmf_almondpecan replied at 31-10-2020 06:55 PM
Kepit berulang kali kot. Slam pintu

ok ok... dah boleh bayangkn skrg cara tu
Quote Potato_kering 31-10-2020 10:06 PM
dua_chzy: Muka pun Melayu.

Org cape town mmg muka cam melayu. Ada yg rupa mcm black tapi tak hitam.
Quote Artemesiaa 1-11-2020 11:02 AM
Mengerikan nak minta tolong pun tak ada suara.  Bahaya ada anjing jenis ni kalau ia tak dilatih dengan baik.
Quote Belibis 1-11-2020 11:16 PM
dua_chzy replied at 31-10-2020 01:58 PM
Muka pun Melayu.

Yappp..banyak gen melayu sangat.
Quote husna_amal 2-11-2020 12:17 PM
Anjing jenis pitbull ni pun pernah buat masalah kat Malaysia ni.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.157951 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top