CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Laungan Azan Suntik Semangat Petugas Barisan Hadapan Ke Sabah Undang Sebak

28-10-2020 04:35 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5787| Komen: 51|Original author: Oleh: natrahn


Kredit foto: Facebook DG Noor Hisham Abdullah


Sehingga kini, Sabah terus mencatatkan peningkatan kes. Maka, Kementerian Kesihatan Malaysia terus menghantar Pasukan Bantuan Kesihatan Awam ke sana sejak 23 September lalu bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Seorang pengguna akaun Twitter berkongsi momen di mana staf dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan digerakkan ke Sabah, baru-baru ini.



Menerusi video ini, dapat dilihat suasana sedih menyelubungi sekitar acara pelepasan itu yang dimulakan dengan ucapan disusuli doa, seterusnya azan dilaungkan oleh pegawai agama jabatan mengiringi enam kakitangan JKNK ketika keluar dari lobi.

Ada dalam kalangan mereka yang cuba menahan sebak dan ada juga yang sudah berlinangan air mata sambil ditenangkan rakan setugas.

Ciapan ini mendapat perhatian warga maya dan rata-rata mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan. 

Perang yang mengerikan, musuh tak nampak...



Allah sahaja yang tau perasaan dia...


Syahdunya...

Kredit foto: Twitter

Untuk inf, pasukan-pasukan ini bakal membantu dalam siasatan kes, pengesanan kontak, pengambilan sampel, active case detection, penguatkuasaan Akta 342 dan aktiviti disinfeksi. 

Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19. 

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan rantaian COVID-19 segera berakhir. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nahnukutu 27-10-2020 03:22 PM
Rasa macam pergi berjihad kan sisters

Quote mejaputih 27-10-2020 03:23 PM
semoga dipermudahkan urusan....hanya doa & harapan yg iols mampu beri...
Quote Decaffeinated 27-10-2020 04:40 PM
Bidaah mana pulak ni
Quote StingAisya 27-10-2020 04:41 PM
Decaffeinated replied at 27-10-2020 04:40 PM
Bidaah mana pulak ni

Ok la nak pi perang kheunz?

kahkahkahkahkah...
Quote jerukkedondong 27-10-2020 05:07 PM
Bertabah lah suami...isteri.. anak2 dn keluarga yg ditinggalkn...
Quote Nahnukutu 27-10-2020 05:15 PM
masa menteri agama ke Sabah dulu ada azan tak?

mustahil beliau terlepas pandang

Quote Knowlee 27-10-2020 05:34 PM
Ya, dengarnya ramai frontliners kat sana dah kena jangkit...
Quote TomyamPuteh 27-10-2020 06:09 PM
Bertabahlah. Diorg pg sana utk buat kebaikan. Kita doa yg baik2 je
Quote noor2 27-10-2020 06:12 PM
Patut politician yg pi....
Quote toynme 27-10-2020 06:43 PM
Tabah tau semua...semoga selamat pegi dan balik
Quote darkness 27-10-2020 06:51 PM
Moga semuanya dipermudahkan frontliners semua..
Quote nazzse 27-10-2020 06:55 PM
Knowlee replied at 27-10-2020 09:34 AM
Ya, dengarnya ramai frontliners kat sana dah kena jangkit...

That's why yg semenanjung dihantar utk backup.
Same case dgn polis & tentera, hantar ke sana jgk
Quote Lengkong 27-10-2020 07:02 PM
Semoga selamat dan dipermudahkan urusan mereka.

Quote mejaputih 27-10-2020 07:04 PM
nazzse replied at 27-10-2020 06:55 PM
That's why yg semenanjung dihantar utk backup.
Same case dgn polis & tentera, hantar ke sana jgk

So far tak dgr lg tentera kena anto ke sana melainkan yg dh posting kat sana..maybe yg iols kenal regimen dia takde kaitan kot.
Quote darkness 27-10-2020 07:17 PM
Knowlee replied at 27-10-2020 05:34 PM
Ya, dengarnya ramai frontliners kat sana dah kena jangkit...

Bayangkan ya sistur, 1 wad ada sorang yg positif...semua bergilir kuarantin dalam masa 14 hari.
.
Quote nazzse 27-10-2020 08:23 PM
mejaputih replied at 27-10-2020 11:04 AM
So far tak dgr lg tentera kena anto ke sana melainkan yg dh posting kat sana..maybe yg iols kenal  ...

Utk serve hospital medan sis.. Tu bukan tentera jgk ke
Quote mejaputih 27-10-2020 08:27 PM
nazzse replied at 27-10-2020 08:23 PM
Utk serve hospital medan sis.. Tu bukan tentera jgk ke

Yg itu tak pasti pula..tp kwn2 iols tentera kat semenanjung ni takde lagi dgr dpt panggilan..maybe regimen berlainan
Quote per706 27-10-2020 09:14 PM
May Allah make ease of everything..guide them when they feel lost, lift them up,when they feel down..keep strong my dear brothers and sisters. Kepada Allah kita berserah..

Terima Kasih

#kitamestimenang
Quote StingAisya 27-10-2020 09:17 PM
Nahnukutu replied at 27-10-2020 05:15 PM
masa menteri agama ke Sabah dulu ada azan tak?

mustahil beliau terlepas pandang

He is the walking azan...

YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Kehkehkehkeh

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.099815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top