CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salawat 1442, Ustaz Kazim Elias Dah Jadi Penyanyi

29-10-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4893| Komen: 12

Description: "Alhamdulillah... saya sangat berpuas hati untuk cubaan pertama dalam bidang nyanyian. Bila saya dengar lagu itu, saya rasa nak dengar lagi dan lagi."
"Alhamdulillah... saya sangat berpuas hati untuk cubaan pertama dalam bidang nyanyian. Bila saya dengar lagu itu, saya rasa nak dengar lagi dan lagi."


Kredit foto: IG Ust Kazim


Datuk Ustaz Kazim Elias meluahkan rasa syukur berpeluang muncul dengan lagu ketuhanan bersama Tuju dan Tyco.

Buat pertama kali muncul dengan lagu berjudul Salawat 1442, Ustaz Kazim akui tidak menyangka gurauannya dengan Datuk Norman Abdul Halim menjadi kenyataan.



"Mulanya saya berjumpa dengan Norman untuk pembangunan sekolah yang dia nak buat... lepas itu saja bergurau minta dia buat satu lagu. Tak sangka, dia buat betul-betul.

"Pada awalnya saya gemuruh juga sebab mana saya tahu nak nyanyi dengan betul. Bila menyanyi ini kekoklah sikit," katanya kepada mStar.



Sementara itu, Tuju, 24, mendedahkan dia meluahkan perjalanan hidupnya yang belum pernah dikongsikan menerusi lirik rap dalam lagu itu.

"Salawat 1442 saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi insan yang lebih baik.

"Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam semua penglibatan saya menghasilkan muzik, ini kali pertama saya beranikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar," katanya.



Manakala, Tyco yang kembali selepas 12 tahun berdiam diri berharap lagu yang berbeza berbanding karya sebelum ini dapat memberi impak kepada pendengar. - CARI


3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 29-10-2020 12:51 PM
Woww betul pesan Rasulullah. Didik anak ikut zaman. Terbaik DUKE
Quote Kurex 29-10-2020 02:21 PM
Aku macam nak gunting je rambut tuju2 tu bagi kemas
Quote F685 29-10-2020 02:30 PM
Sekolah apa Norman nak buat tu agaknya ?

Lagu okay. Lirik pun okay.
Quote dudaberhias 29-10-2020 02:59 PM
tuju tu rambut dia tak boleh rebonding ke ala2 rhopieee pakai dyson cordless tu... memang la hauk jua kalau rebonding pun tapi boleh la di cast sebagai somi si mamazat dalam dokumentari akan datang...
Quote Tinot7 29-10-2020 06:50 PM
Iols rasa ok tapi rengsa dgn grammar depa.
Lama iols pikir sape duke..
Quote biozipstar 29-10-2020 10:47 PM
okay not bad,... aku suka selawat siapa2 pun nyanyi no matter
Quote haruslah 29-10-2020 11:06 PM
Not bad.. sedap didengar....layan

Tyco tu norman kn? Project diorg dulu dgn yusry edry.

Nasib vc x acah2 mcm sorg lg tu
Quote suzycutegal 30-10-2020 01:08 AM
Semoga berjaya ustaz
Quote Perawankota 30-10-2020 01:56 AM
Tuju tu baru 24 ke
Quote Lengkong 30-10-2020 02:09 AM
Suka dengar suara ustaz kazim menyanyi masa ceramah

Quote husna_amal 2-11-2020 10:11 AM
Terbaik lah ustaz kazim.
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 06:04 PM
Tak salah bila kita menceburi bidang baru

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051935 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top