CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mula Membunuh Di Usia 7 Tahun-Amarjeet Sada, Pembunuh Bersiri Termuda Dunia

27-10-2020 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7685| Komen: 33

Seorang kanak-kanak lelaki dari India mencipta sejarah mengerikan apabila menjadi pembunuh bersiri termuda di dunia.

Amarjeet Sada yang lahir pada tahun 1998 itu berasal dari daerah Begusaray di Bihar, India.


Daily Star melaporkan Amarjeet lahir dalam keluarga miskin di mana bapanya hanya seorang buruh.

Dia membunuh buat pertama kalinya pada usia tujuh tahun dan mangsanya merupakan sepupu perempuan yang berusia enam tahun.

Tak lama selepas itu dia bunuh bayi berusia lapan bulan yang juga adik kandungnya sendiri.

Foto: Daily Star

Difahamkan beberapa penduduk kampung mengetahui tentang perbuatannya namun hanya dibiarkan tanpa membuat laporan kepada pihak polis kerana menganggap ia hanyalah isu keluarga.


Pada 2007, seorang lagi bayi berusia enam bulan menjadi mangsa Amarjeet. Mangsa merupakan anak jirannya dan kali ini ia dilaporkan kepada polis.

Superintenden Amit Loda berkata, kes tersebut berkaitan dengan psikiatri dan pakar akan menilai kesihatan mentalnya.

Dia kemudian didapati menghidap conduct disorder.

Amarjeet kini ditempatkan di sebuah pusat reman di bandar Munger. -CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 27-10-2020 11:25 AM
3 tu je ke atau ada lg? Ditgkp masa umur 9 thn
Quote TomyamPuteh 27-10-2020 12:17 PM
Muka dia pon dh mcm saiko
Quote sukacactus 27-10-2020 12:19 PM
Uiii rupa dia pun dah scary!
Quote Artemesiaa 27-10-2020 12:23 PM
Siapa kata budak kecik tak boleh jadi pembunuh tambah kalau dia ada masaalah jiwa
Quote dudaberhias 27-10-2020 12:25 PM
muka pun macam orang tak betul... kesian mesti ada penderitaan mental dalam hidup nya.
Quote bottombikini 27-10-2020 12:29 PM
dexter in the making la ni
Quote nuralisa 27-10-2020 12:32 PM
Cite dia ada dimovie kan.. mmg psiko budak ni ..
Quote buragazz 27-10-2020 12:35 PM
Klu tak rogol sahaja or siap package bunuh atau bunuh terus takde le tampat lain...
Quote angelofish 27-10-2020 12:39 PM
leluhur ni mesti surat khabar diaorang penuh dengan cerita pelik setiap hari .tak apa lah hujung minggu boleh layan Bollywood.lupakan dunia sebenar.
Quote husna_amal 27-10-2020 12:40 PM
Cenderung untuk membunuh dia ni.
Quote fealefea 27-10-2020 12:43 PM
Eii takotnye aapa yg jaga dia kt spital tuh
Quote misz_sanggul 27-10-2020 01:43 PM
nuralisa replied at 27-10-2020 12:32 PM
Cite dia ada dimovie kan.. mmg psiko budak ni ..

yg cte diaorg 1 family duk kt kwsn tanah kubur tu..
ble de org mati die happy sgt smpai gelak2..ble xde org mati die smpai x lalu mkn..
pas tu die bunuh sorg2 org kg ble kantoi diaorg bakar umh die tp die ngn adik slamat..
pas tu x tgk hbis cte tu hahah dh bsar die bunuh org gak tanam setiap tiang yg nk buat jambatan
Quote umie 27-10-2020 01:51 PM
misz_sanggul replied at 27-10-2020 01:43 PM
yg cte diaorg 1 family duk kt kwsn tanah kubur tu..
ble de org mati die happy sgt smpai gelak2..b ...

Apa tajuk citer tu
Quote misz_sanggul 27-10-2020 01:56 PM

rs spyder tamil movie mahesh babu blakon kalo x salahla
Quote duri_durians 27-10-2020 02:03 PM
mcm pernah tengok movie based on this story.. tapi tak ingat tajuk..

bunuh anjing jiran, bunuh adik pompuan, bunuh anak jiran, bunuh baby baru mak dia.

dlm tu dia pembelit pulak gi fitnah ayah dia. kata ayah dia buat atau suruh dia buat.




Quote TomyamPuteh 27-10-2020 02:16 PM
dudaberhias replied at 27-10-2020 12:25 PM
muka pun macam orang tak betul... kesian mesti ada penderitaan mental dalam hidup nya.

Kna torture dgn cik non dan adiknya pon blh jd jgk
Quote c===8 27-10-2020 02:37 PM




kena ada macha yg macam harry baru boleh didik budak ni jadi serial killer berhemah
Quote Kiahlemau 27-10-2020 02:46 PM
kalau budak ni lahir tahun 1998.. so skrg dia dah berumur 22 tahun la kan?
Quote sarahmirza 27-10-2020 03:15 PM
Br semlm tgk siri Evil budak psikopat...
Berkali cuba nak bunuh parents & last sekali nak lemaskan adik dia dlm pool...
Sampaikan parents mintak church tgk ada syaitan ke kat budak tu lps jumpa berbelas doktor semua reject tak nak rawat anak dia...
Drama je la....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097424 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top