Seorang lelaki bukan saja 'merogol' beberapa ekor ayam, malah dia turut memaksa isterinya merakam aksi jijiknya itu. Berikutan itu, Rehan Baig, 37, dari Shepherd Street, Bradford dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada Isnin.
Daily Star melaporkan, Baig juga didapati memuat naik visual penderaan seksual terhadap kanak-kanak selain melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor anjing. Lebih menjijikkan, lelaki itu menyimpan rakaman berkenaan di dalam komputernya di bawah tajuk 'video keluarga'. Ketika rumahnya diserbu pada Julai lalu, polis turut merampas beberapa peranti, lapor YorkshireLive. Sementara itu, isteri tertuduh, Haleema Baig, 38, mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan membantu dan bersubahat melakukan hubungan seksual dengan haiwan dan merakam aksi suaminya menggunakan telefon pintar.
Difahamkan, kesemua ayam berkenaan dilaporkan mati selepas menjadi mangsa nafsu buas Baig. Malah, sebuah rakaman menunjukkan tertuduh melakukan perbuatan jijik itu dengan bangkai ayam. Mahkamah memutuskan untuk menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap Haleema selain menjalani aktiviti pemulihan selama 20 hari. - CARI
|
ADVERTISEMENT