Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini dengan sukacita mengumumkan pengisytiharan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang dinaik taraf sebagai MBSJ itu berkuatkuasa hari ini. Kenyataan media dan teks pengisytiharan yang dikongsikan Amirudin menerusi laman sosialnya bagaimanapun tidak disambut baik seblingan besar rakyat yang rata-ratanya terjejas akibat gangguan air di Selangor. "Selesaikan masalah air, bukan kejar status bandaraya," antara komen warganet. Ramai meluahkan rasa kecewa apabila bukan berita mengenai solusi gangguan air diumumkan menyebabkan mereka semakin tertekan ditambah pula krisis pandemik Covid-19. Rata-ratanya merayu supaya masalah gangguan air tidak dipandang ringan. - CARI
|
AbukRokok replied at 20-10-2020 11:52 AM
naik taraf cukai pun naik...
CitySity replied at 20-10-2020 12:11 PM
Buat apa nak naik taraf? Penduduk Subang Jaya tidak rasa puasa hati dengan pentadbiran mereka pun. ...
palmolive replied at 21-10-2020 02:16 PM
pasal nak collect cukai tinggi..menten status quo as Bandaraya
nanti leh bangga mampu bayar bonus ...
CitySity replied at 22-10-2020 06:41 PM
Mampu bayar bonus tak apa. 'Side income' kao kao lagi..
ADVERTISEMENT