CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kutu Punya Pasal, Gadis Menderita Tubuh Terbakar

19-10-2020 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5472| Komen: 21

Description: Memakai syampu ubat untuk menyingkirkan kutu bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang gadis apabila rambutnya disambar api.
Memakai syampu ubat untuk menyingkirkan kutu bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang gadis apabila rambutnya disambar api.

The Sun melaporkan, kejadian berlaku ketika Aleema Ali, 16, pulang dari asrama sempena cuti sekolah empat tahun lalu.



Kredit foto: Daily Mail/The Sun

Pada Disember 2016, gadis itu nekad merawat masalah kutu dialaminya dengan mamakai syampu ubat 'Full Marks Solution'.

Difahamkan, ketika membiarkan syampu itu selama beberapa minit, Aleema membantu ibunya yang sedang memasak melakukan kerja rumah.

Malangnya, ketika berjalan ke dapur untuk membuang sampah, dia tidak menyedari syampu berkenaan mengandungi bahan mudah terbakar menyebabkan rambutnya disambar api.

Mangsa yang kemudian tiba di hospital 10 minit selepas kejadian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dikomakan selama dua bulan.


Kredit foto: Daily Mail

Menurut laporan, 55 peratus tubuh badannya mengalami luka terbakar tahap ketiga termasuk wajah, kepala, lengan, dada, kedua-dua paha, perut, belakang dan kedua-dua tangan. Selain itu, dia juga kehilangan tujuh jari dan hanya boleh menggerakkan dua saja.


Kredit foto: Daily Mail

Kejadian itu menyebabkan Aleema terpaksa menjalani beberapa pembedahan pencantuman kulit dan pakaian khas untuk membantu proses penyembuhan.


Kredit foto: The Sun

Empat tahun kemudian, Aleema dari Bradford, England bangkit meneruskan kehidupan dan kini merupakan pelajar peringkat A Level di sebuah kolej. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obria 19-10-2020 12:01 PM
kesiannya ko dek...apasal tak balut je kepala tu dgn towel bila letak ubat kutu..
cantik budaknya...
Quote jeligoreng 19-10-2020 12:01 PM
what a strong young woman she is.
Quote jeligoreng 19-10-2020 12:03 PM
obria replied at 19-10-2020 12:01 PM
kesiannya ko dek...apasal tak balut je kepala tu dgn towel bila letak ubat kutu..
cantik budaknya.. ...

tulaaa, teruk sangat sampai habis macam tu jadinya.. nasib baik dia tak murung dan terus down
Quote Suchi 19-10-2020 12:06 PM
Ya Allah kesiannya dia.
Teringat petua hilangkan kutu kena lumur rambut dengan minyak tanah.
Emm bahaya kot kalau dah lumur cepatlah basuh takut plak jadi gini.

Peritnya hari2 yg perlu dilalui
Quote rosmahisham 19-10-2020 12:09 PM
Aduhai sayang nye muka kemain lawa..aku lak yg terasa ralat..ptt letak ubat kutu tu bertapa je la kat bilik air tu ..jgn kemana2..
Quote Artemesiaa 19-10-2020 12:11 PM
Sebabkan kecuaian sendiri terus cacat seumur hidup.  Adalah penting baca label sebelum guna apa2 barangan supaya tak mendatangkan bahaya.
Quote baghal_bortuqal 19-10-2020 12:12 PM
tak leh terbayang penderitaan dia masa rawatan akibat burns.


dan all the trauma dlm kepala dia.


you are such a strong girl. Respect. Moga terus berjaya.
Quote dudaberhias 19-10-2020 12:16 PM
shampoo ada sulfur ke ni?

kesian habuan dia.. benda yang tak sangka akan terjadi...
Quote Belibis 19-10-2020 12:42 PM
Wajah cantik hanya pinjaman.ingatkan masalah kutu kepala kat org negara mundur jer.
Quote Mamason 19-10-2020 12:46 PM
Allahuakbar... Kesiannya... Sampai begitu sekali kejadian disambar api dek ubat kutu.... Semoga kamu kuat mengharungi dugaan yang mendatang dik.  Zaman skrg nie kebanyakannya kalau ko cantik, lawa, putih lagi2 byk harta.... org puji dan bangga2 kan... yang tiada rupa, miskin hina dina pula mmg akan diketepikan.  Semoga dipermudahkan segala urusan kamu dik...
Quote 11ogos 19-10-2020 12:48 PM
Kecik2 dlu kalo ade kutu arwah mak ajar syampoo guna sabun fab buku.. Lumur sampai berbuih, balut tuala 30 minit pastu mandi.. Keringkan rambut, letak minyak kelapa.. Pastu guna sikat kutu, kasi buang sama kutu semua
Quote epuepy 19-10-2020 01:18 PM
Dh bole saman dh company syampoo tu.
Quote carly_lah 19-10-2020 01:34 PM
takziah buat beliau, tp kalau berkutu ni x yah susah2... setiap kali mandi, syampoo kepala lepas tu sikat dgn sikat kutu... 2 3 hari hilang la kutu tu... dgn telur2 sekali
Quote mamajawie 19-10-2020 02:32 PM
allahuakbar..bertabah je la dek non oii..
Quote kemaruk 19-10-2020 02:40 PM
bangkem rasa banyak2 wartawan cari, @CARI-MAL punya thread paling best dan konsisten
Quote husna_amal 19-10-2020 03:12 PM
Besar betul ujian yang dihadapinya.
Quote diss69 19-10-2020 03:49 PM
Allahuakbar kesiannya ank ni.. Moga kuat utk hadapi dunia luar..
Quote ellez 19-10-2020 05:58 PM
Suchi replied at 19-10-2020 12:06 PM
Ya Allah kesiannya dia.
Teringat petua hilangkan kutu kena lumur rambut dengan minyak tanah.
Emm b ...

Kawan iols masa skola rendah dulu nenek dia syampu rambut dia dgn sabun buku fab basuh kain tu..
Huhu
Keras kejung rambut..
Quote cap_ayam 19-10-2020 06:02 PM
kesiannya.. semoga tabah meneruskan kehidupan.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052835 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top