Menurut pandangan pakar, nama unik sesuatu perniagaan atau jenama berpotensi memudahkan ia dikenali dan diingati. Terbaru, perkongsian warga maya mengenai sebuah gerai nasi lemak mengundang perasaan bercampur baur apabila melihatkan nama yang agak unik. "Nasi Lemak Kena Benti Kerja" - namanya yang boleh membuatkan sesiapa sahaja melihatnya termenung seketika. Melihat pada namanya, pasti ramai beranggapan dan memahami bahawa gerai nasi lemak itu dibuka selepas pemiliknya diberhentikan kerja, sekali gus membuatkannya memilih untuk menggunakan nama tersebut.
Nama yang menarik dan agak kelakar juga ini mengundang pelbagai reaksi dari warga maya. Tawa dalam tangisan Menurut warga Twitter, gerai ini terletak di Kajang. Menerusi perbincangan di laman reddit r/malaysia, warga maya turut mempunyai pendapat serupa mengenai nama gerai itu. "Yup, ianya menarik dan kelakar tetapi menyimpan maksud yang sangat dalam" Namun, tidak dapat dipastikan mengapa nama sedemikian menjadi pilihan. Adakah ia sama dengan tanggapan netizen? Apa-apapun, semoga perniagaan nasi lemak ini terus maju dan menjadi pilihan orang ramai selepas ini. - CARI |
salmon-suki replied at 19-10-2020 04:20 PM
Jgn plak japgi ada y acah2 nak sedekah duit tapi nak mtk makanan free drpd penjual gerai tepi jalan ...
kroit92 replied at 19-10-2020 04:57 PM
abang kroit pun baru diberhentikan kerja.
company tutup sebab ada staff positif corona.
Nana_Man replied at 19-10-2020 06:48 PM
Aahhh... pd aku tak patut dia ckp mcm tu... just pasal tak diberi kuih sebiji dia bising2 ckp org ...
salmon-suki replied at 19-10-2020 06:59 PM
Kannn sis..kalau betul dia nak sedekah,xyah ckp byk,beli je semua kuih y tinggal n suh macik tu ke ...
Nana_Man replied at 19-10-2020 07:19 PM
Yup... and he touched abt rezeki... tapi dia non-muslim, so mgkn tak brapa faham part rezeki. Kala ...
salmon-suki replied at 19-10-2020 07:53 PM
Ekceli kwn ai y non-muslim pun percaya konsep rezeki..sbb company kitorg kan kedekut nk bg gaji le ...
ADVERTISEMENT