Wajah dan sebahagian tubuh seorang wanita melecur dan mengalami luka serius selepas membakar dirinya sendiri. TribunNews melaporkan, wanita itu nekad bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta suaminya selain sering dituduh curang.
Berikutan kejadian di kuarters guru di Ohoijang, daerah Maluku Tenggara pada Khamis lalu, mangsa, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sadsuitubun di Langgur. Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo mengesahkan motif wanita itu membakar dirinya adalah kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya berlaku curang. Difahamkan, kejadian berlaku ketika suami mangsa, 27, dan bapanya ada di rumah. Menurut lelaki itu, dia sempat membantu memadamkan api yang menyambar tubuh isterinya, namun polis enggan mempercayai kenyataan sebelah pihak saja dan akan mendapatkan keterangan mangsa untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, keterangan mangsa masih belum boleh diambil memandangkan hospital masih belum membenarkan sesiapa melawat wanita itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT