Digigit lipan gergasi menjadi punca Dokmaipa Por Pongsawang, 52, menemui ajal. Anak perempuannya, Jiraporn Moonkaset berkata bekas juara tinju Thailand itu didigit haiwan tersebut pada kaki kiri.
Media tempatan melaporkan, selepas terkena gigitan, mendiang tidak mendapatkan rawatan perubatan menyebabkan keadaannya semakin parah sehingga menggigil sebelum koma. Dokmaipa menghidap penyakit diabetes yang menjadi penyumbang kepada komplikasi tersebut. Pengarah Hospital Kalasin, Pramuan Thaingamsilp berkata, mendiang meninggal kerana jangkitan darah yang teruk. Buat pengetahuan, Dokmaipa menjadi peninju Muay Thai sejak bersia sembilan tahun dan mendapat jolokan 'Powerful Southpaw'.
Setelah bersara pada tahun 1996, mendiang menjadi jurulatih di Macau. Dia kembali ke Thailand dan bekerja sebagai pekerja perbandaran di Kalasin. Mendiang dikebumikan di kampung halamannya, di daerah Saelapoom di Roi Et. -CARI
|
hatikudus replied at 12-10-2020 01:17 PM
Seramnya tgk lipan biasa pun dah terpekik lolong ketakutan, ni plak yg gergasi.
Kat kg dulu lipan b ...
Gomea replied at 12-10-2020 02:42 PM
Rumah ni mmg selalu lipan bara masuk rumah. Kalau time hujan tak berani nak baring kt lantai.
hatikudus replied at 12-10-2020 02:44 PM
Kannn...zaman iols kat kg dulu pernah lipan lepak bawah bantal iols..bawah tengkuk. Mujur iols ter ...
Gomea replied at 12-10-2020 02:46 PM
Nasib baik dia tak sempat sengat. Tapi ada orang kata, yg anak warna biru tu lagi bisa dari yg dew ...
Gomea replied at 12-10-2020 02:42 PM
Rumah ni dulu2 selalu lipan bara masuk rumah time musim hujan. Kalau time hujan tak berani nak b ...
obria replied at 12-10-2020 03:55 PM
aiyooo...gelinya
meremang bulu roma weh...
terus aku duduk bersila...
Gomea replied at 12-10-2020 04:51 PM
Hati2 chuols. Takut dia sengat kat pungkoq plak nanti. Hahahaha
ADVERTISEMENT