CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bibik Aliff Syukri Bagaikan Dirasuk, Yusoff Jadi Mangsa?

11-10-2020 12:44 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 14687| Komen: 69|Original author: kp5x


Kredit foto : Instagram DS Aliff Syukri
Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri yang sememangnya terkenal dengan pelbagai kontroversi memuat naik satu video di laman Instagramnya memaparkan beliau bersama anak-anak serta bibiknya sedang berTikTok.



Di segmen pertama video TikTok menggunakan lagu 'Kopi Dangdut' tersebut, kelihatan bibik Aliff seakan-akan 'dirasuk' hingga lupa diri dan Yusoff, anak DS Aliff yang baru berusia dua tahun terpinga-pinga tanpa dipedulikan sesiapa termasuklah bapa, abang-abang dan kakaknya.

Di segmen kedua pula, wanita itu masih kelihatan seperti 'dirasuk' namun dapat dilihat dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak melepaskan tangan Yusoff, mungkin disebabkan dalam pembikinan segmen pertama, Yusoff terlepas daripada pandangan mereka yang sedang asyik berTikTok sehingga terpaksa dikejar. (Boleh dilihat di penghujung video menerusi 'bts' video TikTok tersebut, 'bibik TikTok' kelihatan panik sambik mengejar sesuatu). 

Dalam usaha gigih 'bibik TikTok' memastikan Yusoff tidak keluar daripada frame video, sampai terjuntai-juntai badan Yusoff dibuatnya bila tangannya ditarik dan badannya seakan-akan diseret 'bibik TikTok' tersebut.


Kredit foto : Instagram DS Aliff Syukri

Kredit foto : Instagram DS Aliff Syukri

Komen-komen netizen rata-rata mengecam aksi bibik tersebut, namun masih ada komen positif yang mungkin menggembirakan Aliff Syukri iaitu 'happy family' katanya.

Sebelum ini, pernah tular kisah bibik yang mempunyai iras wajah sama seperti 'bibik TikTok' ini yang katanya 'menunjal' kepala anak angkat Aliff Syukri, Qayyum dan alasan yang diberikan adalah kepala Qayyum bukan ditunjal tetapi ditolak untuk menghadap kamera dan Qayyum agak lembab.

Pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 12-10-2020 02:16 PM
ruginyaaaaa banyak duit tapi tak mampu nak upgrade kehidupan yang lebih berkualiti, contoh... lantik 2-3 pengasuh muda beruniform untuk jaga anak with the highest standard mcm servant zaman Victorian dulu. rugi rugi. kalau bibik camtu, bibik aku lagi kelasssss. siap ajar anak mengaji.
Quote fir 12-10-2020 02:17 PM
kesian wehh tangan yusoff ditarik cenggitu..macam ganas je
Quote kechikchomel 12-10-2020 02:22 PM
siapa nama anak angkat dia tu? yg org cakap kena dera tu?
mana ye budak tu sekarang? iolss masa tengok dia dulu (masa kes ni meletop) teringat kat budak yg mak iolss jaga ni. dengan rambut kinteng dia.
Quote kaseh80 12-10-2020 02:23 PM
Bila seorang bapa mengejar glamer????????
Quote mamichik 12-10-2020 02:47 PM
dato alip ni mmg tak boleh kata apa dah.. takkan dia tak perasan anak dia kena tarik camtu sblm dia post video ni. sengaja mencari publisiti
Quote minguk 12-10-2020 03:14 PM
baik bibik zizie dengan becca. takdelah nampak desa sangat.
Quote bukannonones 12-10-2020 04:20 PM
pxlbb replied at 12-10-2020 02:16 PM
ruginyaaaaa banyak duit tapi tak mampu nak upgrade kehidupan yang lebih berkualiti, contoh... lantik ...

aku rasa dia ni kedekut. Rembat je maid indon mana mana buat jaga anak dia. Kalau hire yg educated and proper, mahal pulak. Teringat dia iklan kan kerja graphic designer kot utk company dia. Job scope punya banyak tapi gaji ciput. Kedekkk.. selagi boleh perah, kita perah..
Quote namieamuro 12-10-2020 04:49 PM
kasarnye bibik tu pegang bdk tu gitu..jejage bik..nti kne pecat mcm si sape balaci yg dok bekap toklep ni sgt..

toklep byk duit tak mampu nk upah pengasuh bdk mcm tokti tu..ade duit byk tp kedekut gile bab mcm ni
Quote Ed_Lyn 12-10-2020 05:22 PM
kechikchomel replied at 12-10-2020 06:22 AM
siapa nama anak angkat dia tu? yg org cakap kena dera tu?
mana ye budak tu sekarang? iolss masa ten ...

Qayyum eh?
Quote rayray28 12-10-2020 06:08 PM
pxlbb replied at 12-10-2020 02:16 PM
ruginyaaaaa banyak duit tapi tak mampu nak upgrade kehidupan yang lebih berkualiti, contoh... lantik ...

slagi boleh jimat kekdahnya?
Quote apedehal 12-10-2020 06:15 PM
Ed_Lyn replied at 12-10-2020 05:22 PM
Qayyum eh?

Amina kut aku rsa dia maksudkn
Quote kechikchomel 12-10-2020 06:27 PM
apedehal replied at 12-10-2020 06:15 PM
Amina kut aku rsa dia maksudkn

Betul la ni. Amina.
Quote hasniey 12-10-2020 06:53 PM
Toklip ni mcm perfectionist kan.benda bodoh2 gini pon nk shoot byk2 kali smpai dia puas ati.
Yg bibik pulak asal ada peluang joget,terus hilang igatan ye
Tah2 bibik yusoff ni smbil jaga smbil kene buat keje rumah.2 in 1 gitu.tu yg dpt peluang happy2 terus lupa dunia
Quote Kak-Leen 12-10-2020 06:54 PM
kaseh80 replied at 12-10-2020 02:23 PM
Bila seorang bapa mengejar glamer????????

Ni dgn bibik sekali kejar glamour..
Quote bellaamsar 12-10-2020 07:22 PM
pxlbb replied at 12-10-2020 02:16 PM
ruginyaaaaa banyak duit tapi tak mampu nak upgrade kehidupan yang lebih berkualiti, contoh... lantik ...

Save bajet sis. Kang x dapat pulak dia nk beli brg2 branded dia
Quote September14 12-10-2020 07:24 PM
Elok2 senyp xde cter ponen ni tetiba muncul blik
Quote CocoCily 12-10-2020 07:34 PM
pxlbb replied at 12-10-2020 02:16 PM
ruginyaaaaa banyak duit tapi tak mampu nak upgrade kehidupan yang lebih berkualiti, contoh... lantik ...


Betul. Banyak duit cari la maid yang educated, ada manners yang boleh ajar anak anak benda elok, baik etc
Quote Jemahjemah 12-10-2020 09:18 PM
Dah start dah buat marketing viral viral gini. Haritu dah senyap sikit dah
Quote edayildiz 12-10-2020 09:26 PM
i kalau kaya..i nak bibik pakai baju bibik...bibik nak lebih dr 3 org tuk jaga i jerrr
mampu berangan jer..
ntah knp sejak kecoh kes ml tu..i bersyukur sgt i xkaya
hidup sederhana lg tak skt kepala..takde org kenal..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.082534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top