Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang baru keluar dari hospital tentera Walter Reed dan kembali ke Rumah Putih mendakwa dia mungkin imun terhadap Covid-19. Mirror melaporkan, Trump berada di hospital sejak Jumaat lalu menerima rawatan Covid-19 dengan steroid, antibiotik dan beberapa terapi lain yang tidak disediakan kepada orang kebanyakan di negara itu.
Sebaik tiba di Rumah Putih selepas keluar dari hospital tentera Walter Reed, Trump mendakwa virus yang telah membunuh 210,000 rakyat AS adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan. Dia juga mendakwa pemulihannya yang cepat dari penyakit itu adalah mungkin disebabkan dia imun dari virus berkenaan. Walaupun menunjukkan dia menyedari risiko kepulangannya ke Rumah Putih membawa penyakit berjangkit yang boleh membawa maut itu, dia bagaimanapun berkata, "Tidak mengapa". - CARI
|
zarulnazmi replied at 5-10-2020 09:03 PM
The level of stupidity is too high
zarulnazmi replied at 6-10-2020 01:03 PM
The level of stupidity is too high
Dwdrum replied at 6-10-2020 01:24 PM
Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri....
Dwdrum replied at 6-10-2020 01:24 PM
Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri....
ADVERTISEMENT