View: 3652|Reply: 25
|
Balik Rumah Putih, Trump Mengaku Mungkin 'Imun' Covid-19
[Copy link]
|
|
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang baru keluar dari hospital tentera Walter Reed dan kembali ke Rumah Putih mendakwa dia mungkin imun terhadap Covid-19.
Mirror melaporkan, Trump berada di hospital sejak Jumaat lalu menerima rawatan Covid-19 dengan steroid, antibiotik dan beberapa terapi lain yang tidak disediakan kepada orang kebanyakan di negara itu.
 Kredit foto: CBS 17
Sebaik tiba di Rumah Putih selepas keluar dari hospital tentera Walter Reed, Trump mendakwa virus yang telah membunuh 210,000 rakyat AS adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.
Dia juga mendakwa pemulihannya yang cepat dari penyakit itu adalah mungkin disebabkan dia imun dari virus berkenaan.
Walaupun menunjukkan dia menyedari risiko kepulangannya ke Rumah Putih membawa penyakit berjangkit yang boleh membawa maut itu, dia bagaimanapun berkata, "Tidak mengapa". - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The level of stupidity is too high |
|
|
|
|
|
|
|
zarulnazmi replied at 5-10-2020 09:03 PM
The level of stupidity is too high
Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
blablabla
blablabla
same word from blm liberals homo all around the world all this years
nothing new 
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau imun kenapa dirawat? tggu je la sembuh sendiri sambil sebar2kan pada rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Lanc@u la trump..  |
|
|
|
|
|
|
|
Dia masih berkempen sebab ada masa lebih kurang sebulan lagi sebelum kempen berakhir pasti dia nak umum nampak dia sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nampak yakin je takan mampos, langsung x spt org yg dah 'kene' ... apa motif dia dah x sebut 'Chinese-Virus' , sini siapa dpt speku ?
|
|
|
|
|
|
|
|
The punyer tahap confident fuhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umur ko tok nyang... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa mcm dia baru saja confirm positif kan? Ni dah ok dah?
Willing power antara benda yg memainkan peranan utk sembuh sama ni.. Dia nak hadapi VOTE 2020..willing power nak menang tu jadikan dia mcm sihat ja |
|
|
|
|
|
|
|
Aku syak si trumph ni ada bela pendamping la. Covid pon x lut nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Man this guy is really something |
|
|
|
|
|
|
|
BoJo dulu pun wfh 5-6 hari pastu baru masuk hosp sampai koma pastu sembuh
Trump baru berapa hari detect? tak tahu la apa jadi lepas ni. dia kira hi-risk jugak kan?
lgpun medical skrg dah tahu 'suitable treatment' utk covid compare tu early year dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/global ... mp-positif-covid-19
18 iringi Trump positif Covid-19
Washington: Seramai 18 orang yang mengiringi atau pernah berada pada majlis yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sudah disahkan positif Covid-19, setakat ini.
ABC News melaporkan 12 orang daripadanya menghadiri majlis di Rose Garden, Rumah Putih ketika Trump mengumumkan pencalonan Amy Coney Barrett sebagai Hakim Mahkamah Agung.
Media AS melaporkan bahawa Setiausaha Media kepada Trump, Kayleigh McEnany menjadi individu terbaharu yang disahkan positif Covid-19.
Individu lain yang dijangkiti adalah isteri Trump, Melania; pembantu kanan presiden, Hope Hicks; pengurus kempen, Bill Stepien dan dua pembantu kepada McEnany .
Laporan sama mendakwa lebih 12 orang daripada individu yang sering berada dekat dengan Trump, sama ada di luar atau di dalam Rumah Putih, positif virus itu.
AFP dalam satu laporan berkata Trump mungkin dijangkiti ketika menghadiri majlis pengumuman pencalonan Barrett.
Doktor kepada Trump, Sean Conley berkata, selepas majlis berkenaan, Presiden kemudiannya mengadu demam panas, sakit sendi dan mengalami hidung tersumbat
Trump kemudian disahkan positif pada 1 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan kecemasan pada hari berikutnya.
Dalam pada itu, AFP dalam laporan berasingan berkata, Trump meninggalkan hospital tentera pada Isnin selepas empat hari menerima rawatan kecemasan akibat jangkitan Covid-19.
Pergerakan beliau keluar dari hospital itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen apabila berjalan keluar dari bangunan sebelum menaiki limosin.
Presiden kemudian menunjukkan ibu jari sebagai isyarat bagus sebelum menaiki helikopter Marine One yang terletak berhampiran untuk ke Rumah Putih.
Sebaik helikopter mendarat, Trump berjalan menaiki tangga di balkoni Rumah Putih yang dikenali sebagai South Portico, sebelum menanggalkan pelitup mukanya untuk memberikan tabik hormat kepada Marine One.
Menjelang sebulan sebelum Pemilihan Presiden pada 3 November, pungutan suara menunjukkan populariti Trump berada di belakang pencabarnya, Joe Biden.
Kepulangannya ke Rumah Putih dilihat sudah dirancang dengan sebaik mungkin bagi menunjukkan presiden itu dalam keadaan sihat dan berupaya meneruskan kempennya.
Dalam pada itu, pencabar Trump, Biden lebih berhati-hati ketika melaksanakan kempennya dan sudah tiga kali menjalani ujian saringan yang menunjukkan calon itu negatif Covid-19.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 7:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
And you are just plainly stupid
|
|
|
|
|
|
|
|
ada satu video beredar kat twitter ... time berucap tu .. ada satu masa tu dia mcm mnegalami sesak nafas ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Auto bengap dia ni lepas positif covid19. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih terlalu awal nak ngaku sembuh ke..immuned ke..ko tunggu je la trumpet oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak membimbangkan... tak yah ler suntik segala bagai antibiotik tu....
tgk imun ker tak tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|