Lelaki dijatuhkan hukuman penjara 600 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak. Mirror melaporkan, Matthew Miller, 32, dituduh memaksa mangsa di bawah usia lima tahun menghasilkan pornografi kanak-kanak.
Dia dipenjara di Tuscaloosa, Alabama selepas pendakwa raya mengatakan pornografi kanak-kanak itu "merosakkan masa kecil mereka," lapor The Sun. Manakala, Metro melaporkan dia mula mendera mangsa secara seksual ketika mereka berusia empat tahun antara 2014 dan 2019. Lelaki itu ditahan pada Februari tahun lalu selepas pihak berkuasa menyerbu rumahnya di Cottondale sebaik menerima laporan mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui 102 gambar pornografi kedua-dua mangsa. Difahamkan, Miller mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Oktober tahun lalu. - CARI
|
sarah82 replied at 3-10-2020 01:18 PM
Soalan yg selalu aku dok fikir.. Kalau kena penjara600 tahun.. Dah mayi.. Mayat dikebumikan dlm penj ...
ip_lepat replied at 3-10-2020 01:22 PM
boleh tak jgn buat lawak kat CI ni?
ip_lepat replied at 2-10-2020 09:18 PM
indahnya perangai kapir laknat
sarah82 replied at 3-10-2020 01:23 PM
Hahahaha.. Dah lama sangat.. Dok fikir.. Uish takkan la ada manusia moden hidup sampai 600 tahun.. ...
ip_lepat replied at 3-10-2020 01:32 PM
yong, 600 tahun tu... bkn 60 tahun
sarah82 replied at 2-10-2020 09:35 PM
Hahaha.. Tu la.. Punya naif dulu.. Bendul sungguh.. Mati2 ingat mmg kubur dlm penjara..
Dwdrum replied at 3-10-2020 01:38 PM
Sekarang perlu consider eugenics control...
sarah82 replied at 2-10-2020 09:42 PM
Eugenics is the practice or advocacy of improving the human species by selectively mating people w ...
sarah82 replied at 2-10-2020 09:45 PM
Menarik teori ni.. Dah dipraktikkan?
Dwdrum replied at 3-10-2020 01:55 PM
But eugenics boleh/sedang di improvise... Ramai juga scientist support sebab sick dengan community ...
ADVERTISEMENT