Lelaki dijatuhkan hukuman penjara 600 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak.
Mirror melaporkan, Matthew Miller, 32, dituduh memaksa mangsa di bawah usia lima tahun menghasilkan pornografi kanak-kanak.
Kredit foto: Mirror/Tuscaloosa County Jail
Dia dipenjara di Tuscaloosa, Alabama selepas pendakwa raya mengatakan pornografi kanak-kanak itu "merosakkan masa kecil mereka," lapor The Sun.
Manakala, Metro melaporkan dia mula mendera mangsa secara seksual ketika mereka berusia empat tahun antara 2014 dan 2019.
Lelaki itu ditahan pada Februari tahun lalu selepas pihak berkuasa menyerbu rumahnya di Cottondale sebaik menerima laporan mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui 102 gambar pornografi kedua-dua mangsa.
Gambar hiasan
Difahamkan, Miller mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Oktober tahun lalu. - CARI |