CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai 'Menyirap' Sebutan Bahasa Inggeris Qody Dikritik Syafinaz, Ajai

29-9-2020 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19533| Komen: 133

Selepas Ajai, Datuk Shafinaz Selamat pula menjadi sebutan selepas menegur sebutan bahasa Inggeris nyanyian Qody Rany pada konsert Big Stage 2020 minggu separuh akhir Ahad lalu.

 

Selain juri jemputan itu, penyanyi dan komposer Ajai turut meninggalkan komen pedas terhadap nyanyian Qody menerusi lagu Rude.

 

 


Berkata kepada mStar, Qody atau nama sebenarnya Rossadi Abdul Rani, 26, mengambil kritikan tersebut secara positif.

 

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Shafinaz itu adalah proses pembelajaran. Dia memberi kritikan itu untuk saya tahu apa yang salah... silap dan apa yang perlu saya perbaiki. Saya ambil benda itu sebagai kritikan yang membina.

 

"Tapi saya tak pasti apa pandangan peminat terhadap kritikan tersebut. Dia tidak cakap yang saya ini tak pandai tapi bagi saya, apa yang ditegur itu memang betul. Sebagai seorang penyanyi, kena terima apa saja ilmu yang diberikan.

 

 

Kredit foto: Twitter

 

"Sebagai contoh, kalau pergi kenduri kahwin pengantin mat saleh, orang minta kita nyanyi lagu bahasa Inggeris, takkan nak tolak. Mana tanggungjawab kita sebagai penyanyi? Jadi, kritikan itu untuk saya belajar lagi selepas ini

 

"Bukan saya tidak tahu lagu bahasa Inggeris tapi ada beberapa perkataan yang saya tak reti nak sebut dengan jelas dan memang lagu itu agak susah daripada segi sebutan," katanya.

 

Manakala, Shafinaz menjelaskan dia tidak berniat memperlekehkan pendidikan Qody, sebaliknya memberi kritikan bagi membentuk peserta menjadi lebih baik.

 

 

Kredit foto: Iluminasi/IG Syafinaz

 

"Jadi, dengar dan buat latihan. Bukan kita suruh dia bercakap dalam bahasa itu. Kalau kita bagi kritikan untuk jadikan diri lebih baik, anda kena terima.

 

"Kita bukan nak memalukan dia tetapi nak dia menjadi lebih baik tapi kalau tak nak terima, itu terpulang la," ujarnya. - CARI 

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • salyusoff

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 29-9-2020 01:12 PM
Salah ke tegur pronunciation yg kurang tepat?
Quote fahima80 29-9-2020 01:13 PM
Adoi la, netizen cepat sentap. Bbnu la ni jenis sentap camni. Patut la English masing2 teruk, banyak sangat bagi alasannya. Komen Tok Pinaz, Ajai or even Dayang malam tu betul la. Kalau tak pandai sangat just practise and immitate la bunyi tu. Tiap2 hari ulang2 sebut lirik2 tu ikut cara penyanyi asal tu nyanyi lama2 betul la sebutan tu. Bukannya suruh si qody jadi fluent pun. Sama jugak macam si usop hari tu yang cakap tak faham lagu One Call Away tu. Pergilah belajar dan bukak kamus. Tanya kawan2 ke. Ni semua memang masalah attitude. Nasib baik dalam kes ni nampak Qody positif terima teguran dan matang. Netizen pulak berlebih2.
Quote fahima80 29-9-2020 01:18 PM
fadz84 replied at 29-9-2020 01:12 PM
Salah ke tegur pronunciation yg kurang tepat?

Itulah, juri2 cuma tegur pronunciation yang tak betul di mana si qody boleh je practise sendiri ikut macam mana penyanyi asalnya sebut kalau tak tau sangat English pun kan
Quote adila39 29-9-2020 01:20 PM
juri malaysia ni komen bagai nak rak... ni pertandingan nyanyi je pun bukan talk English or pronoucation class, etc. Entah pape.. sedap je dgr nyanyi budak tu. Unless pertandingan utk antarabangsa and terma dia sebut bahasa omputeh tu kena bebetul. {:thief{:hooray
Quote TomyamPuteh 29-9-2020 01:21 PM
Aku klau jd contestant pon mmg x berani nk angkat kpala klau syafinaz yg bg komen.Ilmu dan pengalaman dia mmg x blh dipertikai
Quote Orix 29-9-2020 01:23 PM
life dan lies mmg jauh bunyi nya... mmg ptut tokpinaz tegur... english xde la susah mana sebutannya, kalau bodoh english pun boleh jah hafal sebutan membabi buta mcm org nyanyi lagu kpop, hindustan tu semua..... seminggu 2 lagu jah pun...... lain la ko buat konsert solo 2jam ttbe sebutan english kelaut dimaafkan la jugek
Quote otai_g 29-9-2020 01:26 PM
Ajai pnh nyanyi Lagu english x?
Quote stingerstorm 29-9-2020 01:27 PM
[youtube]yuzAHmi85cs[/youtube]

Ya ya ya...papaya.....



kahkahkahkahkah
Quote NANAD17 29-9-2020 01:28 PM
netizen malaysia dah kearah nk jadi mcm korean netizen.
silap2 nnt, idola sendiri pon kena bash..
Quote MsKathryn 29-9-2020 01:31 PM
Netizen kaki sentap
Quote mesmerize 29-9-2020 01:40 PM
betulla apa shafinaz n ajai komen tu sebab sepatah haram tak paham apa yg si qody ni nyanyi aritu..  bole effect penghayatan tau kalau tak paham..
Quote Harley_Quinn 29-9-2020 01:43 PM
Netizen over.
Quote Sham143 29-9-2020 01:48 PM
Edited by Sham143 at 29-9-2020 01:52 PM

Setuju sangat dengan Shafinaz.. Dah dia tegur tu dah bagus tu...Tk perlu nk sensetif sangat.. Biasanya netizen yg sentap ni, sure tk faham bahasa Inggeris..
Quote anony-mous 29-9-2020 01:49 PM
euw low class nya penyanyi & pemenat big stage. pemikiran pprt sgt. syukur la ada org sudi ajar english pronounciation. xramai dah org mcm syafinaz. hat komen sorang tu mcm downgrade kan org kedah. awat, org kedah mmg xreti english ka?
Quote anony-mous 29-9-2020 01:51 PM
stingerstorm replied at 29-9-2020 01:27 PM
Ya ya ya...papaya.....



hahaha kesian tokti tercari2 words but her pronounciation not bad
Quote zeetot 29-9-2020 01:54 PM
fahima80 replied at 29-9-2020 01:13 PM
Adoi la, netizen cepat sentap. Bbnu la ni jenis sentap camni. Patut la English masing2 teruk, banyak ...

Dulu masa tuition sek rendah, cikgu English suruh print 1 lagu English and cari makna kat kamus utk setiap word pastu present kat depan.

Sangat membantu.

Ucop semua tu malas. Nak kena suap la tuuu.
Quote zeetot 29-9-2020 01:59 PM
Han Byul boleh nyanyi melayu kottt. Ni lebih pada malas.
Quote NekNgah 29-9-2020 02:03 PM
Eh! Netizen ni, orang tegur untuk dia ambil pengajaran.  Kalau semua komen suci murni hiduplah dalam keadaan yang sentiasa selesa.  Jawabnya tak akan ada perubahan & penambah baikan.

Kenapa nak sentap??
Quote izat123 29-9-2020 02:05 PM
Budak zaman sekarang memang bodoh benak ke apa? Eloklah melingkup semua big stage season ni pun hambar. Haritu usop pun komplen jugak kan dapat lagu english. bbnu zaman sekarang memang kuat komplen ke? patut lah ajai FT semua sound je. Nak msauk pertandingan tapi banyak songeh.

Bukan suruh nyanyi bahasa uganda. English yang dah belajar dari umur 4 tahun pun susah. Kalau zaman AF dulu dah kena maki dengan Ramli MS sekor sekor.

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.084431 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top