CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Jalin Hubungan Dengan Anak Saudara Rakan

28-9-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3967| Komen: 12

Lelaki berusia 21 tahun ditahan selepas disyaki membunuh rakan sekerjanya kerana menjalin hubungan sulit dengan anak saudaranya. 

Memetik Times of India, tertuduh dikenal pasti sebagai Suman, seorang penduduk Tughlaqabad di tenggara Delhi.


Pada 17 September, polis menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang terbaring berlumuran darah di rumahnya. 


Gambar hiasan

Mangsa, Kamlesh, 20, dikejarkan ke hospital sebelum doktor mengesahkan dia meninggal dunia.

Rakan sekerja Kamlesh, Suman yang tinggal di rumah sama memaklumkan polis dia tiada di rumah ketika kematian mangsa. 

Namun, kenyataannya bercanggah dengan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dia kemudian mengaku melakukan pembunuhan itu kerana tidak setuju mangsa menjalin hubungan dengan anak saudara perempuannya.

Katanya, Kamlesh masih menghubungi anak saudara perempuannya walaupun sudah diberi amaran supaya tidak mendekatinya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 28-9-2020 05:15 PM
Brp umur anak saudaranya itu? Kalau masih budak kecik, selayaknya lah.
Tapi kalau dah cukup umur utk bercinta, apa dia sibuk dan sentap sgt? Melainkan si pakcik ada hati dgn anak sedaranya itu, ala2 dlm filem Tamil - bab mcm ni tak incest pulak
Quote spankee_fili 28-9-2020 06:21 PM
First time dengar laki je yg mati kat india.. Biasanya pompuan je yg disalahkan..
Quote Supersirap 28-9-2020 06:22 PM
Benda boleh bincang, x perlu sampai membunuh
Quote ikanmasin 28-9-2020 06:25 PM
bahaya zmn skrg ni..tak suka bunuh jer.selesai masalah..
Quote pinklepie 28-9-2020 11:12 PM
Dia ada hati kat anak saudara dia ker?
Quote TuntungReturn 28-9-2020 11:14 PM
kes kasta ke ni
Quote husna_amal 29-9-2020 03:03 PM
Dah kenapa sampai membunuh. Tak pasal2 disabit kesalahan berat.
Quote ina_na 29-9-2020 03:06 PM
Mesti sebab x sama kasta ni.. Org kaya gan org miskin.. Tu yg bunuh je.. Cer Sama2 kaya.. Trs langsung kawin
Quote kroit92 30-9-2020 12:15 AM
pinklepie replied at 28-9-2020 11:12 PM
Dia ada hati kat anak saudara dia ker?

maybe overprotective kut?

kita bila dapat anak buah pertama, tengok baby hala hala halaaa
pakngah will protect you my princess
nanti sapa nak dekat dengan anak buah kita, kena pass 7 ujian daripada kita dulu

gitu
Quote pinklepie 30-9-2020 12:27 AM
kroit92 replied at 29-9-2020 04:15 PM
maybe overprotective kut?

kita bila dapat anak buah pertama, tengok baby hala hala halaaa :' ...

Mungkin juga la kan... Tapi jangan la sampai membunuh orang ... Kan dah tak pasal- pasal masuk penjara.
Quote kroit92 30-9-2020 12:29 AM
pinklepie replied at 30-9-2020 12:27 AM
Mungkin juga la kan... Tapi jangan la sampai membunuh orang ... Kan dah tak pasal- pasal masuk pen ...

tu la. tapi kalau tengok negara tu.. well..
Quote pinklepie 30-9-2020 12:52 AM
kroit92 replied at 29-9-2020 04:29 PM
tu la. tapi kalau tengok negara tu.. well..

Baca tajuk pun dh boleh agak dari mana

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071433 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top