Seoang wartawan ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya dipenggal. Kejadian tersebut berlaku di kawasan yang terkenal dengan aktiviti jenayah keganasan di timur Mexico
Reuters melaporkan, mangsa dikenali sebagai Julio Valdivia yang berkhidmat dengan akhbar El Mundo de Veracruz. Menteri Keselamatan Hugo Gutierrez merangkap Ketua Polis Veracruz berkata, "Kita akan menggunakan semua cara untuk mencari pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu." Dia turut mengecam pembunuhan tersebut sebagai tindakan pengecut. Menurut sumber, motosikal dan mayat mangsa ditemui di landasan kereta api di kawasan perbandaran Tezonapa.
Maklumat daripada badan pemerhati media, Reporters Without Borders, lelaki itu adalah wartawan kelima yang mati dibunuh di Mexico tahun ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan sama ada pembunuhan mangsa ada kaitan dengan kerjayanya sebagai wartawan. Mexico sudah lama diklasifikasikan sebagai negara paling berbahaya untuk wartawan. Sejak 2000, lebih 10 wartawan sudah dibunuh di negara tersebut. Namun sebahagian besar pelakunya masih belum disabitkan kesalahan. -CARI |
underground replied at 10-9-2020 07:17 PM
diorang ni bunuh orang macam potong ayam.
paling aku tak lupa tertengok video dia lapah kulit dad ...
naina replied at 10-9-2020 07:41 PM
Kenapa teruk sangat mexico tu ek sampai gengster lbh berkuasa dr polis? Dah tau kan ketua dia siapa ...
underground replied at 10-9-2020 07:17 PM
diorang ni bunuh orang macam potong ayam.
paling aku tak lupa tertengok video dia lapah kulit dad ...
underground replied at 10-9-2020 07:17 PM
diorang ni bunuh orang macam potong ayam.
paling aku tak lupa tertengok video dia lapah kulit dad ...
printercomel: Ni mesti kerja cartel juarez. Ketua dia eladio vuente sangat kejam dgn org kanan dia salamanca bunuh orang takde rasa simpati langsung. Mmg ramai dh j ...
monamogai replied at 11-9-2020 12:19 AM
Tgk dlm darkweb ke apa?
ADVERTISEMENT