Sepasang suami isteri dan bayi berusia sebulan terpaksa tidur di dalam troli pengangkut sampah kerana kemiskinan hidup. Kompas.com melaporkan, Andika Pratama, 35, isterinya, Yanti, 32 dari Kalimantan Timur Indonesia itu diusir keluar dari bilik sewa kerana tidak mampu melunaskan sewa.
"Setiap bulan saya perlu menyediakan wang 350,000 rupiah (RM99) untuk bilik sewa, namun pada bulan Ogos, wang yang ada habis membeli makanan kami tiga beranak. "Pemilik rumah sewa tiba-tiba menggantikan mangga pintu dan meminta kami membayar dulu wang sewa jika mahu duduk situ. "Akibat tidak mampu membayar wang diminta, kami tiada pilihan tinggal di troli yang biasa saya gunakan untuk mengangkut barangan kitar semula." Menurut sumber, sudah dua bulan mereka hidup bergelandangan. Andika hanya mampu menggunakan papan iklan bagi melindungi keluarganya daripada hujan dan kesejukan ketika malam.
"Selama hidup sebagai gelandangan, saya membawa keluarga mencari barangan kitar semula untuk membeli makanan. "Saya bernasib baik kerana bayi masih menyusu badan tetapi agak kasihan anak kecil itu kerap kesejukan ketika hujan." Tambahnya jika ada peluang, dia mahu mencari pekerjaan yang lebih sesuai. "Kalau ada kerja lain yang lebih sesuai termasuk pemandu pun saya mahu." Koordinator Sukarelawan Sedekah Bebas Samarinda, Arisna Setiawati berkata, tiga beranak itu ditempatkan di rumah transit untuk golongan memerlukan. "Kami akan berjumpa dengan pemilik rumah sewa berkenaan bagi membayar tunggakan sewa." Kehidupan daif anak beranak ini tular selepas seorang penduduk merakam dan memuat naik gambar mereka di media sosial. -CARI
|
RatuDunia94 replied at 5-9-2020 08:59 PM
Dah tau susah kenapa membiak?
bluebutter replied at 5-9-2020 05:08 PM
Sekarangkn ramai mak mak umur tua lahirkan anak kan. 40an 30an lahh.
clarizsa replied at 5-9-2020 10:40 PM
Amboi mak mak tua u gelar ye
Ramai yg kawin muda tapi lama tunggu tak dapat2 anak
bluebutter replied at 5-9-2020 05:08 PM
Sekarangkn ramai mak mak umur tua lahirkan anak kan. 40an 30an lahh.
ADVERTISEMENT