Niat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) nak menziarahi Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia tidak kesampaian gara-gara penularan COVID-19.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, SENIMAN merancang membuat lawatan berkala ke Penjara Tanjung Gusta bagi memberi sokongan moral kepada Benjy. "Malangnya, tahun ini, kami tidak dapat pergi ke Medan kerana pandemik COVID-19. "Bagaimanapun, tidak bermakna kami melupakan Benjy. Kami masih mengambil berat dan risau dengan keadaannya. Apatah lagi Benjy ditahan di penjara di luar negara, pasti ada cabaran tersendiri. "Ketika saya bertemu Benjy pada 2018, saya lihat dia mengalami masalah kesihatan. Benjy menghidap penyakit asma yang kritikal dan batuk tanpa henti.
"Sama juga keadaannya ketika Hafiz melawat Benjy, April tahun lalu. Benjy beritahu penyakit asma yang dihidapinya masih teruk. "Ketika itu, apa yang lebih merisaukan kami adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong," katanya kepada BH Online. SENIMAN turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy sejak dua tahun lalu. Tabung ini bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai agar bantuan dapat disalurkan kepadanya. "Namun, jumlah yang diterima, tidak diberi 'bulat-bulat' kepada Benjy. Separuh daripada kutipan kami serahkan kepada adik Benjy. Kalau berlaku apa-apa, keluarga Benjy boleh salurkan kepadanya," tambahnya. Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur kerana disyaki memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan dalam duburnya. Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia. -CARI
|
supermum replied at 4-9-2020 02:47 PM
Daripada bagi dia and adik dia, bagus bagi ex wife. Ada anak sorang nak dibela.
ADVERTISEMENT