CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Maut Kena Renjatan Elektrik Di Padang Bola

30-8-2020 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4284| Komen: 19

Budak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika tidak memakai kasut apabila berada di padang bola.

BERNAMA melaporkan, kejadian berlaku di Jalan Impian Emas, 14, Taman Impian Emas di sini petang semalam.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3 petang berhubung kejadian kanak-kanak terkena renjatan elektrik.

Katanya, ketika kejadian sekitar jam 2.45 petang itu, kawasan di mana mangsa, Musyrif Hakimi Musaffendy berdiri ketika itu basah berikutan hujan.

"Difahamkan ketika kejadian, mangsa sempat mengadu kepada seorang rakan bahawa dia berasa panas sebelum rebah," katanya.

Tambahnya, sebelum kejadian terdapat aktiviti bulan kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang anjuran sebuah agensi kerajaan di padang bola tersebut. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-8-2020 09:37 PM
Bukan salah tak pakai kasut,  bukan salah hujan
Quote Belibis 29-8-2020 10:56 PM
Ajal tak salah alamat.juga sama macam rezeki
Quote pinklepie 30-8-2020 01:26 AM
Punca elektrik tu dari mana? Takkan tiba-tiba nak kena renjatan elektrik hanya sebab dia basah dan hanya berkaki ayam?
Quote sharlenetexas 30-8-2020 01:34 AM
pinklepie replied at 30-8-2020 01:26 AM
Punca elektrik tu dari mana? Takkan tiba-tiba nak kena renjatan elektrik hanya sebab dia basah dan h ...

Kabel jatuh ke apa ke?

Selalu tengok kat pagar batu masjid ke, ofis ke dulu ada letak lampu banyak2. Pastu dah tak nak lampu letak salotape camtu je. Manalah tahu ada arus letrik bila basah.
Quote liyamariska 30-8-2020 01:57 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Quote supernaturalee 30-8-2020 03:09 AM
sharlenetexas replied at 30-8-2020 01:34 AM
Kabel jatuh ke apa ke?

Selalu tengok kat pagar batu masjid ke, ofis ke dulu ada letak lampu ban ...

Area ofis kerajaan pun sm
Quote supernaturalee 30-8-2020 03:10 AM
Kena petir kot sbb time tu hjn jgk kn
Quote noor2 30-8-2020 05:11 AM
Ya Allah. .....innalillah. ..sebak baca
Quote fidjb 30-8-2020 10:52 AM
Innalillahiwainnailairojiun, dia ikut program anjuran agensi kerajaan tu ke
Quote green~tea 30-8-2020 11:19 AM
Ada aktiviti sambutan hari kemerdekaan kat padang tu.. so means ada cable being laid atas tanah tu....
Quote star_karat 30-8-2020 11:32 AM
Ni sorang budak. Klu ramai yang main bola tu kena current, mau kecoh masuk news 10 budak mati kena current.
Quote addved 30-8-2020 11:47 AM
Sedih nya, innalillahwainailahirojiun
Quote tukul 30-8-2020 11:54 AM
green~tea replied at 30-8-2020 11:19 AM
Ada aktiviti sambutan hari kemerdekaan kat padang tu.. so means ada cable being laid atas tanah tu.. ...

Huhu..kdg2 kira yg tua ni pun x terpikirkan...byk kali karnival buat kat.padang2 dan kita lalu je area tu kan....
Quote bluebutter 30-8-2020 11:56 AM
Anak haslinda gemuk tu ke?.


Innalillahiwarouhjiub.
Quote pinklepie 30-8-2020 02:08 PM
sharlenetexas replied at 29-8-2020 05:34 PM
Kabel jatuh ke apa ke?

Selalu tengok kat pagar batu masjid ke, ofis ke dulu ada letak lampu ban ...

Mungkin juga . Bahaya kalau takda orang siasat untuk tahu macam mana budak ni boleh kena renjatan, buatnya ada orang lain yg lalu kat kawasan yg sama tak pasal- pasal kes ni berulang lagi.
Saya harap pihak berwajib ambil tindakan segera untuk tahu punca dimana ada kebocoran elektrik dan perbaiki apa-apa yg rosak, supaya kes ni tak berulang kembali.
Quote angelofish 30-8-2020 02:25 PM
I dulu masa kecik bila jalan Kat kampung selalu tengok tiang elektrik yang ada lopak air berbuih buih macam air tengah masak.pastu kebetulan ada biawak rebus pulak Kat lopak tu..
Quote dudaberhias 30-8-2020 02:30 PM
innalillah... ni management laaa kena jawab ni...
bukan salah budak tu tak berkasut bagai nokkk habistu kalau dia terjatuh pegang rumput barehanded... salah dia tak pakai sarung tangan ke...
kalau jatuh bahagian muka ke padang... salah sebab tak pakai full shield mask jugak ke...

ada la tu wayar2 bawah padang tu yang terputus ke atau leak @ exposed
Quote husna_amal 1-9-2020 10:34 AM
Punca arus elektrik tu dari petir atau kabel elektrik ?
Quote husie91 1-9-2020 10:59 PM
Kalau kes2 renjatan karen ni mmg aku salahkan tnb jee ofis kwn aku tnb buat kerja mcm takde otak, dah buat wiring biar macam tu je.. dengan wayar merintang sana sini bila buat aduan dia cko okay okay to tak dtg2 betulkan.. mmg myusahkan betul. Buat kerja asal boleh je bukan fikir nyawa org.. done membebel kt forum

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.132262 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top