CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menyamar Anggota Polis! Ugut Minta Duit, Heret Wanita

25-8-2020 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6150| Komen: 26

Seorang wanita berdepan dengan situasi menakutkan apabila didatangi oleh dua orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Kejadian berlaku di Pandan Perdana, Kuala Lumpur sekitar jam 8 malam ketika wanita tersebut sedang menikmati hidangan makan malam dengan seorang rakan lelaki yang kemudiannya meninggalkan dia bersendirian untuk ke tandas.


Difahamkan tak lama kemudian, dua orang lelaki datang dan meminta wanita berkenaan untuk menunjukkan kad pengenalan, cuba untuk meminta duit dan melakukan ugutan.

Disebabkan panik, wanita berkenaan cuba untuk bangun dan melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diheret keluar pintu dari tempat duduknya.


Insiden ini telah mengejutkan orang di sekeliling sebelum seorang lelaki tampil berani menolong wanita berkenaan.

Menurut sumber lagi, lelaki berkenaan dan staf di tempat kejadian bertindak memburu dua orang lelaki yang melakukan jenayah tersebut.


Nasib menyebelahi apabila mereka berjaya menahan salah seorang pelakunya.

Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas aduan dibuat dan menahan si pelaku. -CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 25-8-2020 11:18 AM
Hmm ape nak jadi tah.. Banyak sangat penyamar. Nasib baik ada hero selamatkan amoi. Forumer jangan tinggal awek or bini sendirian di tempat awam yer.. Nanti kena culik lak  
Quote nazzse 25-8-2020 11:22 AM
Dalam berita cakap jantan tu konstabel polis yg sedang digantung tugas. 2 lagi kawan sempat lari
Quote husna_amal 25-8-2020 11:28 AM
Mujur perempuan tu melawan dan minta tolong.
Quote Kurex 25-8-2020 11:34 AM
Seret atas jalan tar yg berlubang2
Quote momoruru 25-8-2020 11:38 AM
nazzse replied at 25-8-2020 11:22 AM
Dalam berita cakap jantan tu konstabel polis yg sedang digantung tugas. 2 lagi kawan sempat lari

Betul...koperal kena tahan tugas.. yg dua orang tu sempat lari, yang polis tu kena cekup dek orang awam
Quote meow_tompok 25-8-2020 11:39 AM
posisi perempuan tu betul, dia duduk dan buatkan penyerang dia berat nak tarik dia
aku penah tgk video kalau kena ragut kita duduk dan pegang tali beg, posisi tu buatkan peragut berat nak tarik, kalau kita meniarap abis la muka kena jalan tar.

bagus jugak perempuan tu jerit... eh tempat awam mcm tu pun berani buat jenayah yea

Quote chinta89 25-8-2020 11:40 AM
nazzse replied at 25-8-2020 11:22 AM
Dalam berita cakap jantan tu konstabel polis yg sedang digantung tugas. 2 lagi kawan sempat lari

digantung atas sebab ape???
Quote matchstick 25-8-2020 11:43 AM
Ada hutang along ke...pompuan tu warganegara ke tak. Kenapa mtk ic. Nmpk mcm diorg target nk kidnap pompuan tu, bukan randomly pilih mangsa utk ugut n mintak duit
Quote Artemesiaa 25-8-2020 11:46 AM
Edited by Artemesiaa at 25-8-2020 11:49 AM

Mesti sebelum ni dah biasa paw pati asing hanya kali ni kantoi dengan orang ramai
Quote Carcosa 25-8-2020 11:47 AM
Eh gilalah {:freak
Berani betul dpn2 org dia main tarik je amoi tu. Amoi tu bagus jugak, berani.
Babi2 tu semua ingat pakai mask, senang2 boleh kidnap org mcm tu je???
Quote momoruru 25-8-2020 11:48 AM
KOPERAL POLIS DITAHAN, SAMUN WANITA CHINA

Sumber: MyMetro
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]


KOPERAL polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

"Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.


"Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

"Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

"Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan," katanya.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita ditarik dan disamun tiga lelaki tular di media sosial, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 8:28 PM
Quote zuuu 25-8-2020 12:33 PM
Berani wat hal di tempat awam...layak dipecat terus polis tu
Quote ell768 25-8-2020 12:56 PM
matchstick replied at 25-8-2020 11:43 AM
Ada hutang along ke...pompuan tu warganegara ke tak. Kenapa mtk ic. Nmpk mcm diorg target nk kidnap  ...

rsnya pompuan tu bukan warganera x silap...sesuatu kan..
Quote shaiy 25-8-2020 01:32 PM
mustahil la nk rompak org gitu je.. mesti ada sesuatu..
Quote sewinstyle76 25-8-2020 02:40 PM
Gila. Diberi kuasa utk melindungi org awan tp pegi samun org awam
Quote sewinstyle76 25-8-2020 02:41 PM
Macam nak kidnap pon ada. Seramnyaaaa
Quote gadget 25-8-2020 02:42 PM
2x baca ternampak mcm lelaki myanmar...

dekat video tu dengar bunyi apa hai apa hai...apa hal ko apek??
Quote MissVixen 25-8-2020 02:45 PM
Perempuan tu lari dari human traffickers ke? Polis ni pun bersubahat ke? Macam pelik je nak samun perempuan ni randomly di tempat ramai orang. Bau2 ikan sangat.
Quote Rara77 25-8-2020 04:20 PM
Sempat tu ambil duit bau ikan sangat

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.094061 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top