Berang isteri enggan bermadu, lelaki hilang pertimbangan sehingga menetak wanita itu di kaki pada 5 Ogos lalu. Malah, Dedi Ompong, 41, mengakui 'gelap mata' apabila mangsa menuntut cerai daripadanya.
Memetik TribunNews, suspek yang sudah memiliki dua anak menegaskan enggan menceraikan isterinya walaupun ingin menikah lagi. Ketua Polis Daerah Trimurjo, Asisten Komisioner Kurmen Rubianto mengsahkan pihaknya menahan suspek sekitar jam 4 petang pada 13 Ogos lalu di rumahnya selain merampas sebilah golok dan sarungnya dipercayai digunakan untuk mencederakan isterinya selepas keluarga mangsa membuat laporan pada Isnin lalu. Suspek berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun mengikut Seksyen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 2004, jika sabit kesalahan. - CARI
|
ADVERTISEMENT