Baru-baru ini Remy Ishak ada memuat naik gambar dirinya bersama pelakon-pelakon heabt tanah air. Antaranya Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Alif Satar dan Bront Palarae.
Difahamkan mereka adalah barisan pelakon yang membintangi filem Bakara yang bakal menjalani penggambaran Jun tahun hadapan. Ia mengisahkan tentang perjuangan sebenar anggota 19 RAMD Mekanis menyelamatkan anggota Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1994. Nampaknya rami yang teruja bila tengok hero-hero ini berlakon. Namun di Twitter ada pula yang kurang senang dengan salah seorang aktornya. Seorang netizen menulis, "Barisan pelakon hebat tanah air bergambar bersama sebatang kayu." Siapa agaknya kayu yang dimaksudkan ya? Melihat di ruangan komen, ramai pula yang kata Hairul Azreen. Alamak! Apa kata anda? -CARI |
ADVERTISEMENT