Seorang lelaki mengejar seekor babi hutan yang mencuri beg komputer ribanya dalam keadaan bogel. Mirror melaporkan, kejadian yang berlaku di Jerman itu menyaksikan lelaki berkenaan sedang berjemur di sebuah taman.
Bagaimanapun dia dilihat mengejar haiwan liar tersebut untuk mendapatkan begnya semula. Adegan kejar mengejar itu mengundang lucu dalam kalangan pengunjung sebelum gambarnya tular di media sosial. Walaupun dilihat sedaya upaya berlari, namun babi hutan bersama dua anaknya itu berlari terlalu cepat. Difahamkan pengunjung yang bersantai di Tasik Teufelssee dekat Hutan Grunwell itu hanya memerhatikan insiden tersebut sambil ketawa. -CARI
|
Kurex replied at 8-8-2020 03:58 AM
@Themilo sila cuci mata
Skuau replied at 8-8-2020 12:23 PM
pelik bunyinya walau betul...'babi betul la ko babi'
ADVERTISEMENT