Tunang Dayana Roza, A'dale Adham menyifatkan bakal isterinya itu cukup sempurna di matanya, memenuhi kriteria dan spesifikasi. A'dale juga mendedahkan tidak berputus asa memenangi hati Dayana selepas lamarannya ditolak beberapa tahun lalu.
"Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan. "Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia 'ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga'," kongsinya kepada Gempak Malah, Dayana juga memenuhi kriteria seperti dipesan arwah neneknya iaitu mencari isteri yang putih. "Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar," ceritanya.
Difahamkan, pasangan itu akan melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember ini. - CARI
|
husna_amal replied at 7-8-2020 03:32 PM
pesan arwah nenek pun boleh jadi bahan cerita hiburan
ADVERTISEMENT