Tunang Dayana Roza, A'dale Adham menyifatkan bakal isterinya itu cukup sempurna di matanya, memenuhi kriteria dan spesifikasi.
A'dale juga mendedahkan tidak berputus asa memenangi hati Dayana selepas lamarannya ditolak beberapa tahun lalu.
Kredit foto: IG A'dale Adham
"Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan.
"Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia 'ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga'," kongsinya kepada Gempak
Malah, Dayana juga memenuhi kriteria seperti dipesan arwah neneknya iaitu mencari isteri yang putih.
"aling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar," ceritanya.
Kredit foto: IG Dayana & A'dale Adham
Difahamkan, pasangan itu akan melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember ini. - CARI |