CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Cerai, Terus Kena Tetak!

30-7-2020 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5132| Komen: 26

Seorang lelaki tergamak menetak isterinya selepas berang dengan tindakan wanita tersebut yang mahu bercerai.

Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku  di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau itu menyaksikan si suami berang apabila isterinya tidak mengaku ada hubungan dengan lelaki lain.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, sebelum kejadian pasangan ini telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftarkan perceraian.

Mangsa yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai penoreh itu parah ditetak dengan sebilah parang.

Foto: Harian Metro
"Disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan mangsa, suspek mengambil sebilah parang yang ada di belakang rumah dan terus menetak leher kiri mangsa.


"Suspek menetak mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di tangan kerana menahan tetakan daripada suspek.

"Suspek kemudian menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam longkang di belakang rumah berkenaan."

Kejadian turut disaksikan anak mereka yang berusia 11 tahun.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN) dengan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di leher, tangan kanan dan kiri, patah bahagian lengan kanan dan retak tangan kiri," tambah Khairiel.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 30-7-2020 02:03 PM
Bertambah satu lagi anakku sazali...
Jangan suatu hari nanti kau hairan kenapa sazali begitu derhaka terhadap kau ...

Cogankata “seburuk2 dia tetap bapak kandung kau” tak terpakai tau dalam kes ini.
Quote limaupurut20 30-7-2020 02:54 PM
kesian anak tu menderita mental dia nampak mak dia mati depan mata dia..
Quote Salazarhere 30-7-2020 03:24 PM
nasib baik tak mati. komfem kena cerai gak ni!
Quote sukacactus 30-7-2020 03:27 PM
Apa ni?
Dah la tetak bini, berkali2 plak tu, anak nampak plak tu
Fail!3
Quote timah03 30-7-2020 04:17 PM
Gaduh2....sampai nak cerai pun rajin si bini basuh kain baju dia.... Tu pun nak tetak lagi...
Quote renko 30-7-2020 05:23 PM
pavitra takut jadi cmni kot
tu laju je maafkan lakinye
btw dulu pernah duk estet ni
Quote kelapaparut 30-7-2020 05:30 PM
ini mesti india, melayu x mcm ni sgt kecuali yg bdarah indon
Quote Sazida 30-7-2020 06:13 PM
kelapaparut replied at 30-7-2020 05:30 PM
ini mesti india, melayu x mcm ni sgt kecuali yg bdarah indon

India la tuu. Xkn melayu nk g pejabat pendaftaran utk bercerai., tp india ni mmg bab tetak menetak nom 1
Quote BoongaKertas 30-7-2020 10:10 PM
Tolonglah hentikan keganasan terhadap wanita. Kot ye pun benci, pulangkan jer lah elok2 kat family dia balik. Takyah naik tgn, takyah maki2.
Quote jazaa100 31-7-2020 12:13 AM
limaupurut20 replied at 30-7-2020 02:54 PM
kesian anak tu menderita mental dia nampak mak dia mati depan mata dia..

Membaca amalan mulia dekkk.....

Baca le sampai hbis.....
Quote jazaa100 31-7-2020 12:18 AM
renko replied at 30-7-2020 05:23 PM
pavitra takut jadi cmni kot
tu laju je maafkan lakinye
btw dulu pernah duk estet ni

Best tak dok estet?....
Masa kekecik dulu, aku suka betul klu mak aku nk gi melawat sedara kat estate....sepupu ayah aku....dia klu kitordng dtg...berlari lari sambut kitorang.....jiran jiran pun berkerumun klu kitorang dtg....yg tak best nya...mak aku dtg sekejap je....tak dan nk main lelama dgn bebudak kat situ.....
Quote gideoncross 31-7-2020 11:07 AM
timah03 replied at 30-7-2020 04:17 PM
Gaduh2....sampai nak cerai pun rajin si bini basuh kain baju dia.... Tu pun nak tetak lagi...
:curs ...

Entah2 c laki yg ada scandal, tu yg c laki insecure af at all time. Pastu anak sndri plak trnmpk bapak sndri cderakn mak truk2, x guna tol.
Quote gideoncross 31-7-2020 11:09 AM
renko replied at 30-7-2020 05:23 PM
pavitra takut jadi cmni kot
tu laju je maafkan lakinye
btw dulu pernah duk estet ni

Mudh2an Pavithra tu sntiasa slamat dgn anak2 nya, msih kecil2 plak tu.
Quote Artemesiaa 31-7-2020 11:12 AM
Geng estate ler ni bila mabuk mula angin mula sambar parang nak menetak je tahunya
Quote Jorja 31-7-2020 02:50 PM
So org perempuan kalau ada yg nak minta cerai kena sedia parang gak la for protection
Quote chilly 31-7-2020 10:49 PM
Edited by chilly at 31-7-2020 10:50 PM
Jorja replied at 31-7-2020 02:50 PM
So org perempuan kalau ada yg nak minta cerai kena sedia parang gak la for protection


Aku rasa lebih afdal buat preparation dulu. Siap kain baju dan barang-barang penting dalam kereta. Kalau ada anak masukkan siap-siap termasuk diri-sendiri. Pastu time mintak cerai jerit jer dari dalam kereta. Pastu blah. Laki tak sempat tetak. Diri-sendiri dan anak-anak pon selamat. Hewhewhew.




Quote renko 1-8-2020 07:25 AM
jazaa100 replied at 31-7-2020 12:18 AM
Best tak dok estet?....
Masa kekecik dulu, aku suka betul klu mak aku nk gi melawat sedara kat es ...

Best gak la..rasa bebas je..yg xbestnya jadi minoriti je kat estet..hahaha tapi aku dulu duk kuarters pegawai..so jauh dari pekerja..rasa best betul ingat masa kecik2 meronda kebun getah & sawit sana sini
Quote renko 1-8-2020 07:26 AM
gideoncross replied at 31-7-2020 11:09 AM
Mudh2an Pavithra tu sntiasa slamat dgn anak2 nya, msih kecil2 plak tu.

Tu dah ada video baru..salahkan orang lain
Quote mijot 1-8-2020 07:41 AM
kesian kt anak diorg..mesti trauma..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.227223 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top