Lama kita tidak dengar cerita pasangan suami isteri Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu dan khabarnya pasangan ini akan menimang cahayamata tidak lama lagi. Laporan Harian Metro melalui ruangan gossip mereka menyebut yang Liyana Jasmay kini sudah hamil dua bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2014 nanti. Liyana Jasmay difahamkan masih aktif berlakon ketika ini dan akan habiskan baki pengambaran yang ada sebelum mengambil rehat panjang selain terbang ke Sabah untuk menetap bersama suaminya yang bekerja di sana. Tahniah buat Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan sekeluarga yang akan menyambut kelahiran orang baru nanti, jika benar seperti yang disampaikan.
|
kaklehot posted on 22-10-2013 11:06 AM
akakxleh digest si liyana ni dh kawen...mcm budak bwh umor je kekdahnya....hehe
kaklehot posted on 22-10-2013 11:06 AM
akakxleh digest si liyana ni dh kawen...mcm budak bwh umor je kekdahnya....hehe
wanlya posted on 22-10-2013 11:20 AM
teringat gbo die yang comel kat kordial F&N anggur aku ni.....dah nak ade baby dah...congrats!!
Extralink posted on 22-10-2013 11:18 AM
Sama lah kita.. Masih x dapat terima hakikat budak kecik ni dah jadi bini orang.. Skarang nak j ...
ADVERTISEMENT