CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesara Guru Rugi RM1.06 Juta Ditipu Sarjan Chong

27-7-2020 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3518| Komen: 26

Seorang wanita kerugian RM1.06 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam sejak Mei lalu, lapor Harian Metro.

Berikutan itu, mangsa berusia 71 tahun yang juga pesara guru membuat laporan polis mengenai kejadian, semalam.



Gambar hiasan

Difahamkan, pada 5 Mei lalu, mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa dari sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

Individu terbabit mendakwa mangsa mempunyai bungkusan mengandungi dokumen pengenalan diri dihantar dari Kepong, Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

"Panggilan itu kemudian disambungkan dengan seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan Chong Sin Hadari dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

"Lelaki itu mendakwa mangsa terbabit dengan kegiatan penggubahan wang haram dan kononnya butiran peribadinya digunakan bekas pengurus sebuah bank tempatan yang sudah ditahan.


"Malah, lelaki itu (suspek) mengugut akan menahannya jika dia memberitahu perkara berkenaan kepada orang lain," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Takut dengan ugutan itu, mangsa memindahkan RM1.06 juta ke dalam 10 akaun syarikat berbeza bermula 15 Jun hingga 23 Julai sebelum disedari menjadi mangsa penipuan scammer. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syaeyedan 27-7-2020 04:23 PM
banyak nau duit pesara cikgu
Quote krieysa 27-7-2020 04:29 PM
Edited by krieysa at 27-7-2020 04:34 PM

Wow.... kayanya cikgu
Quote lipans 27-7-2020 04:40 PM
pergh... cikgu jutawan.
Quote Minami2013 27-7-2020 04:41 PM
Wah cikgu... byk nye duit
Quote chiquititamichi 27-7-2020 04:42 PM
Kayanye.....cikgu x kawin ke ape ni....yg leh saving 5k tiap bulan
Quote arm_band 27-7-2020 04:44 PM
joli katak laa scammer
Quote bakingsoda 27-7-2020 04:58 PM
asal semua penjawat awam kena scam ni kaya raya kecuali bapak aku?
Quote fair_iza 27-7-2020 05:02 PM
Terkulat aku cikgu kaya mcm ni? Sejak kerja tak ada komitmen kut. Mak ayah aku pun bekas cikgu jg. Tapi x ada simpanan ratus ribu
Quote mejaputih 27-7-2020 06:12 PM
gila kaya cikgu ni...dia buat side biz kot ada byk investment,,,tp susah nak cairkan investment kalau bukan dalam bentuk duit simpanan...
so apa tugas polis dlm kes ini? amik report je ke?
Quote RatuDunia94 27-7-2020 06:18 PM
Hmmm.. LHDN dah jenguk kepala bila tgok berita ni..
Quote TravellingBear 27-7-2020 06:22 PM
heh engkorang semua pon kalau hidup SANGAT sederhana kaya cash  mcm cikgu tu jugak la
Quote merrissa 27-7-2020 06:56 PM
adoi deme ni tak layan cari forum ke....hari2 kot naik pasal sarjan inspektor ni...

tula sikap tak ambil peduli...ni la akibatnya
Quote ShikinIsa 27-7-2020 07:12 PM
Banyak nya duit persaraan cikgu tu? Alamak siannya habis macam tu ja.
Quote missus_meow 27-7-2020 07:19 PM
lesap duit simpanan n gratuiti ....
Quote ninja9 27-7-2020 07:38 PM
Ini sudah setaraf malapetaka....

kita tak ada tsunami gempa bumi  atau bencana alam lain yang teruk tetapi kalau kena tipu mcm ni setaraf malapetaka...  hancur kehidupan, yang jadi mangsa boleh sesiapa sahaja yg mungkin saudara mara... Malaysia dilanda bencana sehingga kini masih tak boleh dihentikan oleh pihak keselamatan ...
Quote MissYouSayang 27-7-2020 07:41 PM
kena hati-hati dgn macau scam
Quote msel 27-7-2020 08:29 PM
Aku yang tiada duit simpanan ratus ribu, juta apetah lagi, pun dapat panggilan konon ada bungkusan dari pos laju. Aku tanya syaitan tu bungkusan atas nama dan alamat apa? Syaitan tu cakap, itu cik kena beritahu dulu apa nama dan alamat cik. Aku terus sound, tak payah menipu la syaitonnn, aku takde beli barang!! Terus dia letak. Suara lelaki cakap melayu tapi bau2 slang cina. Dah la call telefon rumah yang langsung tak pernah guna. Tapi masih gigih ya call lagi 3,4 hari selepas kejadian. Tak kuasa aku nak melayan dah.
Quote husna_amal 28-7-2020 09:46 AM
Kesian banyak mangsa macau scam ni warga tua.
Quote pumpkingirl 28-7-2020 10:08 AM
"Lelaki itu mendakwa mangsa terbabit dengan kegiatan penggubahan wang haram dan kononnya butiran peribadinya digunakan bekas pengurus sebuah bank tempatan yang sudah ditahan."

Hrmmmm...........

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.205816 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top