CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Propose Article Lihat artikel

Cara-cara Asas Menjaga Komputer

17-7-2020 10:50 PM| Diterbitkan: AzwaRabuni| Dilihat: 335| Komen: 0|Original author: AzwaRabuni

Di zaman yang serba moden ini, komputer merupakan salah satu teknologi yang sangat penting untuk kita semua. Kini, komputer bukanlah satu kehendak, malah merupakan satu keperluan buat semua sama ada mereka yang bekerja mahupun yang belajar.


Sumber gambar dari Google

Komputer perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan prestasi sistemnya dan juga menjaga ketahanannya supaya jangka hayat komputer boleh bertahan lebih lama. Seperti yang dikongsi oleh Qi IT Resources, berikut merupakan cara-cara asas menjaga komputer:

  1. Bersihkan habuk: nak bagi komputer tahan lama kita kena rajin bersihkan habuk yang terdapat pada kipas cooler processor. Habuk ni boleh menghasilkan caj statik, menghalang laluan angin dan boleh menyebabkan perkakasan komputer menjadi cepat panas
    Habuk yang perlu dibershikan. (Sumber gambar dari Google)


  2. Sistem aliran udara yang baik: pastikan komputer tidak diletakkan di tempat yang panas atau terdedah direct dengan matahari . Untuk komputer riba pula, bolehlah menggunakan kipas khas yang diletakkan dibawah komputer riba tersebut. Ini kerana apabila suhu di dalam komputer tu panas, ia akan memberi kesan kepada semua komponen di dalam komputer terutama sekali motherboard. Sebab tu, bila komputer anda panas, secara tak langsung komputer akan jadi sedikit lag.
    Kipas untuk komputer riba (Sumber gambar dari Google)

  3. Antivirus: pastikan komputer anda mempunyai antivirus dan sentiasa dikemas kini untuk memastikan data & software di dalam komputer tidak diserang oleh virus, malware atau adware. 
    Jenis-jenis antivirus yang ada di pasaran (Gambar sumber dari Google)

  4. Kemas kini sistem operasi Window:  untuk memastikan 'software' di dalam komputer anda berfungsi dengan sempurna, kemaskini sistem operasi Window adalah sangat penting. Komputer anda juga akan bebas dari masalah dan prestasi komputer juga akan bertambah baik. 
    Sumber gambar dari Google

  5. Guna 'Voltage Regulator': 'Voltage Regulator' ni sangat penting untuk melindungi komputer anda dari lonjakan/spike yang merupakan pembunuh utama komputer. Lonjakan/spike ni datang sama ada dari kilat ataupun dari sistem pendawaian yang tidak sempurna. Jadi, 'Voltage Regulator' ni bertujuan untuk menangkis lonjakan/spike dan melindungin komputer anda.
    Contoh Voltage Regulator (Sumber gambar dari google)

Semoga ilmu penjagaan komputer yang dikongsi ini memberi manfaat kepada kita semua supaya komputer yang digunakan dapat bertahan lebih lama dan juga prestasinya boleh dikekalkan. Lebih lama jangka hayat komputer, lebih banyak duit kita dapat diselamatkan.
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034646 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top