Bulan Ogos depan, Abby Abadi dan suaminya Faizal bakal menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5. Di Instagram, Faizal meluahkan rasa cintanya terhadap Abby.
Faizal yang lebih mesra dipanggil Jai berkata, meskipun masih gagal menjadi suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayangkepasanya tanpa rasa jemu. “Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku. “Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan,” tulisnya.
Jai juga sempat meminta maaf kerana dirinya masih banyak kekurangan dan jika pernah membebankan Abby. “Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu. Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati,” tambahnya. Abby dan Jai berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan pernah dikurniakan anak namun meninggal selepas 70 hari dilahirkan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|