Scha Elinnea, 21, terpaksa tutup komen selepas menerima kecaman dari netizen gara-gara gambar seksinya di Instagram. Pelakon ini kata dia tak mahu bersikap hipokrit dan hanya mahu jadi diri sendiri.
"Apa yang dimuat naik di Instagram itu adalah diri saya sebenar. Macam mana peminat tengok saya di Instagram, begitu juga saya di luar. Jadi, kalau ada yang jumpa saya di luar dengan penampian seksi tidaklah mereka terkejut. "Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal. Sebab itu saya tutup ruangan komen untuk gambar tertentu. Saya tidak mahu berasa tekanan kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka," katanya kepada Harian Metro.
Scha meminta agar penampilannya tidak menjadi perhatian lebih dari bakat lakonannya. "Memang ia tak beri kesan, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|