Bagi membersihkan namanya, pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam mewakili Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan.
Menurut laporan Gempak, Amyza mengemukakan notis itu melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer. Nurul Hafidzah dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta selepas mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah di media sosial serta laporan media hingga merosakkan reputasi Amyza. Peguam Amyza, Naseer Yusof berkata, budi bicara terhadap tuntutan ganti rugi itu hanya akan dilakukan selepas Nurul Hafidzah membuat permohonan maaf di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar. "Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah," katanya.
Tambahnya, dia dan Amyza bersama seorang lagi peguam, Fauzi Abdul Samad menyerahkan notis berkenaan kepada kakitangan Nurul Hafidzah memandangkan peguam terbabit tiada ketika mereka ke pejabatnya di Shah Alam. "Kami berharap segala dokumen dapat diserahkan kepada kami secepat mungkin untuk memasukkan memorandum kehadiran dan pembelaan. "Bagaimanapun, ketika kami ke pejabat Hafidzah bagi meminta dokumen, kakitangannya memaklumkan segala dokumen sudah diserahkan ke alamat akhir Amyza. "Saya juga ada meminta kepada kakitangannya mengenai nombor guaman untuk saya membuat carian di e-kehakiman tetapi nombor itu tidak dikongsikan," kata Naseer.
|
sarah82 replied at 2-7-2020 12:22 PM
Anju saman dia 3 juta.. Dia saman anju 5 juta.. Wowwww
ouch! replied at 2-7-2020 12:23 PM
Dia nak saman loyer anju
Fara Mendoza --> Anju --> Amyza --> Peguam Anju.
ADVERTISEMENT