CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muflis Akibat Majlis Kahwin Lebih Mewah Dari Abang Sendiri?

1-7-2020 02:18 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7467| Komen: 24|Original author: Oleh: Cari-Azza




Pernah menggemparkan dunia dengan perkahwinan berjumlah ASD82 juta (RM351.37 juta), namun kini diisytiharkan muflis. 

Ahli perniagaan, Pramod Mittal yang membelanjakan jutaan ringgit bagi majlis perkahwinan anak perempuannya selama tiga hari berturut-turut pada 2013, kini muflis. 

Menurut laporan portal berita Daily Beast, Pramod, 64, yang juga adik kepada taikun Lakshmi Mittal, 79, (individu ke-19 terkaya di Britain) mempunyai hutang sebanyak ASD160 juta (RM685.60 juta).


Kredit foto : Times of India


Pramod dianggap hilang kekayaan ketika terbabit dalam satu siasatan berkaitan jenayah terancang. Dia pernah disiasat polis Bosnia pada tahun lalu.

Difahamkan, dua beradik yang tinggal di rumah mewah di London itu tidak begitu akrab sejak beberapa tahun lalu dan permusuhan mereka memang diketahui ramai pihak.


Kredit foto : FB

Sebelum ini, Pramod mengadakan perkahwinan mewah di Barcelona, Sepanyol pada 2013 untuk anak perempuannya, Shristi dengan menampilkan kek setinggi enam tingkat dan seberat 60 kilogram yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada abangnya.




Ini kerana Lakshmi dikatakan pernah membelanjakan ASD60 juta (RM256.80 juta) untuk perkahwinan anak perempuannya, Vanisha.

Majlis perkahwinan pada tahun 2004 itu diadakan di Istana Versailles di luar Paris dengan persembahan penyanyi terkenal, Kylie Minogue dan pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari Menara Eiffel.

Kebankrapan Pramod itu adalah berikutan perjanjian yang dibuat pada 2006 apabila beliau bertindak sebagai penjamin untuk satu perniagaan Bosnia seperti  ditulis Sinar Harian. 

Nampaknya, di mana-mana sekalipun akan ada perbalahan adik beradik sama ada perebutan harta atau pun menunjuk-nunjuk. Mungkinkah kedua-duanya berkaitan? - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 1-7-2020 02:35 PM
Macam takde kaitan pun muflis dengan majlis kahwin yang mewah tu.
Quote Nahnukutu 1-7-2020 02:43 PM
Kenapa artikel wartawan cari biasanya berakhir dengan soalan?
Quote Knowlee 1-7-2020 02:43 PM
Edited by Knowlee at 1-7-2020 02:45 PM

Majlis kahwin US60 juta. Spend kat mana sampai banyak tu agaknya...
Quote Artemesiaa 1-7-2020 02:51 PM
Nak berlawan dan menunjuk2 siapa paling hebat tak bawa kemana pun.  Selepas majlis berakhir berapa lama sangat orang akan berkata mengenainya.  Akhirnya majlis gah mana pun orang akan lupa bila mereka dah hadir ke majlis lain pula.  Yang susah hanyalah diri sendiri nak kena tanggung semua kos buat majlis gah tu dulu.
Quote exclusive_vvip 1-7-2020 03:06 PM
i don’t think muflis sbb buat majlis kawen..katanya muflis pasal jd penjamin..I bet dia still kaya ni..mungkin harta2 n duit dah pindah sesiap ke akaun wife n anak2 @ org2 yg dia percaya..saja dia takmau settlekan hutang yg dia x buat..agaknya la..
Quote lonely_surina 1-7-2020 03:07 PM
membazir nak menjamu orang yg bukan semua kite kenal pun..
Quote she 1-7-2020 03:30 PM
Knowlee replied at 1-7-2020 02:43 PM
Majlis kahwin US60 juta. Spend kat mana sampai banyak tu agaknya...

Kos jemputan

Private jet dan hotel jemputan pn dh berapa juta habis

Setiap jemputan naik private jet katanya
Quote annehuda 1-7-2020 03:38 PM
muflis org kaya tak sama mcm muflis org biasa. cthnye mcm politician yg asset kene freeze tu. kalau org biasa dah merempat tepi jalan tp theyols still lg aman aman gitu
Quote Knowlee 1-7-2020 04:30 PM
she replied at 1-7-2020 03:30 PM
Kos jemputan

Private jet dan hotel jemputan pn dh berapa juta habis

Uihhhh... Padanlah berjuta juta kos dia
Quote CiliPadiSedap 1-7-2020 04:55 PM
kawin 60 juta angry bird poen ada sepasang je. rugi baik kahwin abang jat ada multi purpose
Quote Supersirap 1-7-2020 06:23 PM
Kalau dengar cerita orang kaya ni, usd82 juta tu Macam-macam property boleh beli
Quote jazaa100 1-7-2020 06:31 PM
Owner Globe silk store dulu pun muflis sbb kawinkn ank.....tak de pun jemputan dia tlg hulur duit....

Quote Kipaskiok 2-7-2020 06:24 AM
Logik ke? Mcm xde kaitan muflis sbb majlis kawen?
Quote epuepy 3-7-2020 12:47 PM
CiliPadiSedap: kawin 60 juta angry bird poen ada sepasang je. rugi baik kahwin abang jat ada multi purpose

Tp kaka, bam jat dh potong angry bird. Dh x multi purpose lagik. {:smile
Quote allshares 3-7-2020 02:54 PM
Abangnya taikun peniaga besi tu kah? Yg anak pompuan majlis 7 hari 7 malam. Ni nk keep up with d standard la ni sampai anak dia pun nk kawin habis jota2.

Tapi dia muflis bkn sbb majlis tu kan? So apa kaitan news kawin jota2 dgn muflis?
Quote dani-rox 3-7-2020 08:51 PM
muflis atas kertas tp duit beratus2 juta dah selamat disembunyikan kat tempat lain.

duit belanja utk majelis kawen tu pun mungkin satu cara dia org utk cuci2 duit.
Quote helicornia 4-7-2020 07:17 AM
Nahnukutu: Kenapa artikel wartawan cari biasanya berakhir dengan soalan?

tu la. dia muflis sbb ada siasatan terhadap perniagaan. wartawan cari pi citer seolah2 majlis kawin grand tu penyebab muflis.dasarrr
Quote mizzmimi 4-7-2020 09:22 AM
dani-rox replied at 3-7-2020 08:51 PM
muflis atas kertas tp duit beratus2 juta dah selamat disembunyikan kat tempat lain.

duit belanja  ...

Dan berlagak.. Ala2 list most expensive wedding or wedding of the year..
Quote mbhcsf 4-7-2020 09:39 AM
wow , ni gadai golok , ni really gadai golok in  real sense of the phrase

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041388 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top