BAGI peminat Kpop, tentunya mereka merindui lakonan terbaru daripada Ok Taecyeon yang merupakan ahli kumpulan tersohor Korea, 2PM. Setelah drama lakonannya Dream High 1 mendapat rating paling tinggi, penerbit Lee Kyeong Hee menawarkan watak dalam drama keluaran KBS. Menurut wakil JYP Entertainment, Taecyeon kini sedang melihat skrip tersebut dan masih memutuskan untuk menerima tawaran itu. "Dia belum ada komitmen dalam mana-mana program dan masih menimbangkan tawaran ini," kata sumber itu. Malah dua pelakon hebat, Lee Seo Jin dan Kim Hee Sun turut dipertimbangkan dalam senarai bagi membintangi drama tersebut.
|
ADVERTISEMENT