Kutipan yuran berkurang berikutan jumlah kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan menyebabkan taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak dapat menampung kos operasi jika terus mengenakan yuran bawah RM600.
Lantaran itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad mencadangkan kenaikan kadar yuran bagi memastikan kelangsungan operasi taska. "Walaupun sejak 4 Mei lepas ada taska yang sudah beroperasi dan semakin banyak taska akan dibuka pada 9 Jun ini, namun dengan bilangan kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan sehingga 50 peratus bagi mematuhi penjarakan sosial, maka kutipan yuran juga berkurang. "Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan operasi taska kerana tidak dapat menampung beberapa kos seperti gaji pengasuh taska, sewa premis, bil api dan air, makan dan minum serta alat bantuan mengajar. Kita tunggu dalam dua hingga tiga bulan lagi dan lihat sama ada operasi taska ini boleh bertahan atau tidak," katanya kepada Bernama.
Cadangan kenaikan yuran itu susulan keresahan pengendali taska yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 18 Mac lalu. Hal ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan ibu bapa serta pengendali taska di laman sosial. |
sarah82 replied at 9-6-2020 03:09 PM
Kalau aku buka servis jaga budak2 ni.. Harus masuk
MadameOnion replied at 9-6-2020 03:34 PM
Sorang rm350-400 pun kira murah.. ambik baby lagi senang if hang cekap jaga baby..kalau toddler bu ...
Covid19 replied at 9-6-2020 03:45 PM
Bisnes taska la paling tak masyuk kalau taska tu jenis taska marhaen je caj parents RM400, RM500 utk ...
ADVERTISEMENT